Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengumumkan mereka telah mencapai kata persetujuan bersama Bayern Munich untuk membeli pemain tengah Chile, Arturo Vidal.
Pemain berusia 31 tahun itu, yang beraksi 100 perlawanan buat Chile dan menjaringkan 24 gol, akan mengikat kontrak selama tiga tahun selepas menjalani pemeriksaan perubatan dalam beberapa hari akan datang, jelas juara Sepanyol itu.
Tiada yuran perpindahan diumumkan oeh Barca namun laporan media menyebut mereka akan membayar 18 juta euro (RM85 juta), yang boleh meningkat kepada 21 juta euro (RM99 juta), buat bekas pemain Bayer Leverkusen dan Juventus itu, yang menyumbat 14 gol dalam 79 perlawanan Bundesliga dengan Bayern.
Arturo Vidal has left FC Bayern München to join FC Barcelona.
We'd like to thank Arturo for all his contributions and wish him all the best in Spain! pic.twitter.com/juJgt9sd3F
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) August 3, 2018
Vidal yang merupakan pemain kebangsaan Chile akan ke Catalunya untuk menjalani ujian perubatan bersama pasukan La Liga tersebut untuk melengkapkan perpindahan itu.
Perginya Vidal ke Barcelona itu selepas mendapatkan kebenaran daripada pengurus Bayern Munich iaitu Niko Kovac.
Vidal menjadi pemain keempat yang dibeli oleh Barcelona pada musim perpindahan ini.Sebelum ini, mereka telah mendapatkan Arthur dan juga Malcom.
DONE DEAL: Barcelona announce agreement with Bayern Munich for Arturo Vidal. pic.twitter.com/XmWYywqrhk
— TC (@TransferChecker) August 3, 2018
Selain itu, Barcelona juga telah mendapatkan pemain Perancis iaitu Clément Lenglet untuk menguatkan skuad mereka.
Barcelona turut bercita-cita untuk mendapatkan pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Adrien Rabiot.
Namun begitu, PSG tidak mahu melepaskan pemain tersebut dan kerana itu Barcelona mengalihkan tumpuan mereka kepada Vidal.