Hanya 50 Hari, Terry Butcher Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Filipina

Persiapan Filipina untuk dua kejohanan terdekat bakal terjejas sedikit dengan berita yang baru diterima.

Bekas pemain skuad kebangsaan England, Terry Butcher meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Filipina. Beliau tidak sempat mengendalikan
satu perlawanan untuk Azkals.

Tidak lama

Pada Jun, Terry telah dipilih untuk menerajui skuad tersebut. Namun, faktor perletakan jawatan tersebut berpunca kerana hal ehwal berkaitan pengurusan.

Beliau dalam kenyataannya menjelaskan cuba untuk membina pelan pembangunan bola sepak di negara itu semasa tempoh perkhidmatan bersama The Azkals. Namun, beliau tidak dapat meneruskan perkara yang sepatutnya dilakukan.

Luxembourg referee Alain Hamer (2nd R) shakes hands with Inverness manager Terry Butcher (R) before the game. The referee his assistants Christian Holtgen (L) and Francois Mangen (2nd L) from Luxembourg were covering for the striking Scottish officials for the Scottish Premier League football match between Celtic and Inverness Caledonian Thistle at Celtic Park, Glasgow, Scotland, on November 27, 2010. AFP PHOTO/ANDY BUCHANAN / AFP PHOTO / Andy Buchanan

Terry Butcher sebelum ini pernah menguruskan Newport County, kelab Wales yang beraksi dalam saingan liga Inggeris. Beliau juga pernah mengendalikan beberapa buah kelab Scotland antaranya Motherwell dan Hibernian.

Beliau juga turut pernah menjawat jawatan pembantu pengurus skuad kebangsaan Scotland.

Dua pertandingan

Terry dilantik PFF untuk mengendalikan skuad bola sepak Filipina dalam dua kejohanan yang bakal dilalui oleh mereka. Kejohanan pertama ialah Kejohanan AFF pada penghujung tahun ini.

Pada tahun depan, Filipina dijangka akan beraksi untuk Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu.

Dalam laman rasminya, PFF menerima perletakan jawatan pengurus dari Britain tersebut. Badan induk bola sepak Filipina turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

PFF mengambil keputusan untuk meneruskan persiapan bagi dua kejohanan penting tersebut. Dalam kenyataan lain, pengurus pasukan Filipina, Dan Palami menghormati keputusan Terry Butcher.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN