Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui dirinya terluka selepas pasukannya tersingkir dengan cara yang penuh kejam dalam aksi pusingan 32 pasukan terbaik Europa League.
Menurut laporan rasmi Arsenal, jaringan lewat daripada Youssef El Arabi menolak keluar Arsenal daripada saingan Eropah dan kini mereka cuma tinggal Premier League sahaja untuk di fokuskan.
“Ianya cukup menyakitkan.”
“Kami meletakkan harapan yang begitu tinggi dalam pertandingan ini. Ianya merupakan cara terbaik untuk kami layak ke saingan Eropah dalam pertandingan yang cukup indah ini.”
Pierre-Emerick Aubameyang menjadi wira apabila berjaya menjaringkan gol di masa tambahan untuk pada perspektif Arsenal, layak ke pusingan seterusnya.
Namun begitu, El Arabi menjaringkan gol di benar-benar penghujung perlawanan untuk menyingkirkan Arsenal di laman sendiri.
“Satu perkara yang kita perlu perbaiki dalam permainan kami ialah ketika bertahan.”
“Ianya bukan sahaja fasa pertama malah fasa kedua dalam sepakan percuma tersebut yang kami bolos dan pemain lawan sekadar melangkah masuk dan menolak mudah bola di dalam kotak enam ela, ianya sangat tidak boleh diterima.”
Arsenal mengiringi beberapa lagi pasukan utama Eropah yang tersingkir di peringkat yang sama seperti Celtic (Scotland), Ajax Amsterdam (Belanda) dan Benfica (Portugal).