Arsene Wenger Sifatkan Persaraan Jack Wilshere ‘Keputusan Tepat’, Doakan Sukses Dalam Karier Kejurulatihan

Jack Wilshere Arsene Wenger

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyokong keputusan Jack Wilshere untuk bersara dari bermain bola sepak seawal usia 30 tahun dan menyifatkan ia merupakan keputusan tepat.

Wilshere membuat pengumuman persaraannya menerusi akaun media sosialnya pada Jumaat sejurus sahaja kontrak jangka pendeknya bersama kelab Denmark, AGF Aarhus berakhir.

Mula mencipta nama pada 2008 apabila membuat penampilan bersama skuad utama Arsenal pada usia 16 tahun, Wilshere dicanang sebagai prospek masa depan bola sepak England.

Jack Wilshere Bersara Dari Dunia Bola Sepak Di Usia 30 Tahun

Di bawah bimbingan Wenger, beliau menjadi pemain penting dalam kesebelasan utama The Gunners dan telah membuat 49 penampilan dalam semua pertandingan pada musim 2010/11.

Namun siri kecederaan yang tidak berpenghujung sehingga digelar ‘kaki kaca’ telah mengganggu karier profesionalnya dan dilepaskan oleh Arsenal pada 2018.

Penghijrahan ke Bournemouth dan West Ham United juga nampaknya gagal mengembalikan prestasi terbaiknya sehingga ditamatkan kontrak.

“Dia pemain yang berani dan berbakat besar. Dia tidak takut kepada sesiapa. Itu yang membuatkan kenapa kami merasakan dia boleh mula beraksi [di peringkat tinggi] pada usia yang sangat muda,” ujar Wenger dalam temubualnya bersama SkySports.

“Kemudian dia terus membuktikan keupayaannya untuk menjadi pemain penting buat pasukan. Dia menjadi bakat yang cukup luar biasa. Tetapi disebabkan kecederaan dia tidak dapat bermain banyak perlawanan dan akhirnya dia terpaksa berhenti.

“Tentunya sukar buat seorang pemain bintang sepertinya apabila tidak lagi dapat bermain, ia hakikat yang sukar untuk ditelan. Jadi saya rasa dia membuat keputusan yang betul.”

“Tetapi saya percaya, ia bukanlah pengakhiran kepada potensinya. masih ada karier kejurulatihan di hadapannya selepas ini.

“Mungkin kegagalannya untuk mencapai potensi terbaiknya menjadi motivasi untuk dia meraih karier yang hebat sebagai jurulatih.”

Menurut sumber dari The Athletic, Wilshere difahamkan bakal memulakan karier kejurulatihannya sebagai ketua jurulatih skuad bawah 18 tahun (B-18) Arsenal.

Beliau akan menggantikan Dan Micciche yang telah meninggalkan kelab untuk menyertai  bekas ketua jurulatih skuad B-23 Arsenal, Kevin Betsy di Crawley Town.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN