Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendedahkan yang beliau sebenarnya risau dengan trend bola sepak moden kini.
Bukan kerana bola sepak moden kini berkiblatkan wang melibatkan pemain senior. Akan tetapi, kerana beliau rasakan bola sepak moden seolah-olah telah membunuh kehidupan pemain muda.
Terlalu awal
Wenger berpendapat bola sepak moden ketika ini seolah-olah telah menjadi pengawal hidup seorang pemain bola sepak terutamanya bagi pemain muda.
Hal ini kerana latihan yang diberikan seawal usia tidak sampai 10 tahun seperti telah ‘memaksa’ pemain untuk kekal dengan bola sepak sehingga ke akhir hayat.
“Saya sering merasakan pendidikan bola sepak terhadap pemain muda mempunyai terlalu banyak persoalan.”
“Adakah kita telah mengasingkan mereka terlalu awal? Adakah kejurulatihan cara moden telah menyebabkan para pemain muda telah membataskan kebebasan mereka untuk menjadi pemain bola sepak yang lengkap?”
Persoalan itu dinyatakan oleh Wenger selepas beliau merasakan bola sepak moden seperti telah menyekat kebebasan pemain muda untuk mengembangkan potensi mereka ke arah yang mereka sukar.
Sebagai contoh, pemain A gemar untuk bermain sebagai pemain sayap. Namun begitu, jurulatihnya telah menyekat minatnya itu dengan menjadi beliau sebagai full-back dan bukannya pemain sayap.
Berpisah jauh
Dalam masa yang sama, Wenger juga berpendapat yang bola sepak moden seolah-olah telah membunuh kehidupan pemain muda dengan 2 cara.
Pertama adalah dengan cara mengasingkan pemain muda dengan sukan-sukan yang lain.
“Adakah bola sepak moden telah mengasingkan pemain muda dari sukan-sukan yang lain dari usia yang terlalu awal?”
“Kenapa kita tak benarkan mereka latih kemahiran yang mereka ada pada sukan lain dan kemudiannya diaplikasikan dalam bola sepak?”
Kedua, Wenger merasakan bola sepak moden telah mengasingkan pemain muda dari kehidupan sosial yang normal.
“Ia ibaratkan makan bola, tidur bola, mandi pun bola. Sejak dari kecil pemain muda dilatih agar menjalani kehidupan sebagai pemain profesional sejak muda dan ini tidak bagus.”
Mengapa Wenger berkata ia tidak bagus? Hal ini kerana ia kanak-kanak tidak dapat merasa kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.
Untuk gambaran yang lebih besar, kita ambil contoh di Perancis. Hanya 12% sahaja rakyat mereka mencari rezeki dengan bermain bola sepak di 4 divisyen utama.
Manakala baki 88% lagi hanya menjalani hidup seperti pemain profesional namun tidak berjaya menjadi pemain bola sepak.
Tekanan ibu bapa
Dalam dunia bola sepak moden, kita dapat ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke akademi bola sepak ketika usia mereka sungguh muda.
Hal ini menyebabkan secara tidak langsung ibu bapa telah ‘menjemput’ tekanan yang tidak perlu kepada anak-anak mereka pada usia.
“Pada usia muda, kanak-kanak sudah dapat tekanan yang tidak perlu dari ibu bapa kerana mereka meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap anak mereka selepas menghantar mereka ke akademi bola sepak.”
“Jika dahulu ibu bapa akan bertanya kepada anak mereka mengenai apa yang mereka belajar di sekolah. Kini mereka ditanya dengan soalan ‘apa komen jurulatih terhadap prestasi kamu hari ini?’.”
Kerisauan Wenger itu ada asasnya. Hal ini kerana tekanan-tekanan tersebut akan menjadi punca mengapa pemain muda hilang minat untuk bermain bola sepak.
“Bagi saya, kami bermain bola sepak kerana itu adalah satu perkara yang menggembirakan kami dan ia dapat membunuh kebosanan kami.”
“Tetapi hari ini, kanak-kanak bermain bola sepak secara serius pada usia yang sangat muda. Ini akan memberikan tekanan yang tinggi kepada mereka kerana mereka diberi jangkaan untuk berjaya pada usia yang muda.”
Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!
[adrotate banner=”27″]
Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.
Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?
Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!
Baca juga: Liverpool Hadkan Gaji Pemain Muda, Elak Pemain Leka Dengan Duit