Segalanya berlaku dengan pantas dalam bola sepak dan ini dapat dilihat pada situasi kepada siapakah yang bakal mengisi kerusi panas pasukan kebangsaan Belanda.
Dengan spekulasi semakin memuncak yang menyaksikan Ronald Koeman bakal menggantikan Quique Setien sebagai pengurus baharu Barcelona, terdapat watak baharu muncul dalam drama ini.
Namanya adalah Arsene Wenger.
Menurut laporan Fox Sports di Belanda, Wenger dikatakan berminat untuk menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan negara itu.
“Sebenanrya, saya rasakan itu [jadi pengurus Belanda] adalah menarik juga.”
Buat masa sekarang, Wenger kini bertugas bersama-sama FIFA dan beliau pernah dikaitkan dengan beberapa potensi kepulangan ke bidang pengurusan bola sepak tetapi beliau menolak tawaran itu.
Selain Wenger, terdapat beberapa nama lain yang turut dicalonkan sebagai nama untuk mengemudi pasukan Belanda.
Frank De Boer turut disebut-sebut berpotensi untuk mememang jawatan itu dan Ronald De Boer begitu teruja dengan potensi tersebut.
“Saya rasa Frank akan suka jika ditawarkan dengan jawatan itu.”
Kata Ronald, pengalaman Frank yang luas sebagai pembantu jurulatih Belanda di bawah Bert van Marwijk satu ketika dahulu membolehkan namanya dipertimbang untuk menggantikan Koeman.
Malah Ronald juga berkata ianya akan menjadi satu kombinasi yang menarik antara Frank dan juga seorang lagi pembantu iaitu Phillip Cocu.
Nama-nama mantan pengendali Belanda seperti Louis Van Gaal turut disebut untuk kembali bersama pasukan kebangsaan negara itu tetapi Ronald tidak berasa potensi untuk bekas pengurus Manchester United itu hadir semula adalah tipis.