Arsene Wenger digantung 4 perlawanan oleh England FA selepas insiden melibatkan beliau dengan pengadil keempat tempoh hari.
Semuanya berlaku ketika aksi diantara Arsenal dan Burnley minggu lepas.
Tolak pengadil
Arsene Wenger digantug 4 perlawanan selepas menolak pengadil keempat Anthony Taylor selepas berang ketika aksi perlawanan menentang Burnley.
Beliau nyata kecewa selepas Burnley diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan yang membolehkan Burnley menyamakan kedudukan.
Wenger yang kemudiannya bengang melepaskan kemarahannya kepada Taylor. Selepas itu Taylor pun mengarahkan beliau untuk keluar dari bangku simpanan.
Selepas itu, Wenger dihalang dari melihat aksi perlawanan di terowong selepas Taylor menghalang beliau.
Tindakan itu menyebabkan Wenger semakin marah, lantas beliau menolak Taylor sebanyak 2 kali tanda protes.
Kejadian yang dirakam oleh kamera itu menyebabkan insiden itu dibincangkan dengan hebatnya.
Namun begitu, selepas perlawanan Wenger memohon maaf dan mengakui yang beliau menyesal atas tindakannya itu.
“Saya menyesal. Patut saya diam saja.”
Didenda
Namun penyesalan beliau tiada gunanya apabila beliau tetap didenda oleh England FA diatas kelakuannya.
England FA telah mendenda Wenger dengan denda sebanyak £25 ribu serta beliau digantung dari menguruskan perlawanan sebanyak 4 perlawanan.
Ini merupakan satu malapetaka kepada Arsenal kerana Wenger tidak akan berada di bangku simpanan dalam 4 perlawanan yang cukup penting.
Ia bermula pada perlawanan FA Cup minggu ini menentang Southampton disusuli dengan perlawanan Premier League menentang Watford.
Ketiadaan Wenger pada perlawanan penting turut dirasai ketika perlawanan menentang Chelsea yang merupakan perlawanan ketiga Wenger digantung.
Dan perlawanan terakhir adalah ketika menentang Hull City, juga dalam aksi Premier League.