Arsene Wenger Berminat Dengan Bekas Penyerang Kelantan, Austin Amutu

Karier bekas penyerang Kelantan, Austin Amutu mungkin akan menuju ke puncak tidak lama lagi selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencadangkan namanya kepada kelab Ligue 1, SCO Angers.

Menurut laporan African Football dan L’Equipe, Angers yang kini menduduki tangga ke-3 Ligue 1 sangat berminat dengan penyerang Warri Wolves itu.

Angers dilaporkan telah melengkapkan permohonan visa untuk penyerang 22 tahun itu.

Amutu baru saja menandatangi kontrak dengan kelab Israel, Hapoel Ironi Khryat Shmona selepas tamat kontrak pinjamannya dengan finalis Piala FA 2015, Kelantan.

SFI_6619 (1)
Sumber: Mohammad Soffi / asiana.my

Dalam perlawanan pertamanya bersama kelab Israel tersebut, Amutu menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukannya menang 3-0 menentang Bnei Yehuda dalam perlawanan separuh akhir Israeli Toto Cup.

Lebih manis lagi buat Amutu, perlawanan tersebut turut dihadiri oleh peninjau bakat kelab SCO Angers. Kemenangan itu melayakkan pasukan Amutu ke final.

Diperhatikan Wenger sejak sekian lama

Sumber: Facebook Iwuji Austin Amutu
Sumber: Facebook Iwuji Austin Amutu

Bagi Amutu, tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya selain mendengar yang beliau dicadangkan sendiri oleh Arsene Wenger kepada SCO Angers.

Amutu mendedahkan Arsene Wenger sudah lama memerhatikannya semasa masih bermain di Warri Wolves dan berminat untuk membawanya ke Arsenal. Tetapi perpindahan itu terbatal kerana beliau tidak terlibat dalam 75% perlawanan pasukan kebangsaan Nigeria selama 2 tahun berturut-turut.

“Impian saya satu hari nanti adalah bermain untuk Arsenal. Saya gembira jurulatih seperti Wenger masih mempunyai minat terhadap saya sejak sekian lama.”

“Saya percaya impian saya bermain untuk Arsenal semakin hampir. Beliau (Wenger) mencadangkan nama saya kepada Angers. Pasukan Perancis itu memerhatikan saya menjaringkan gol ketika separuh akhir Toto Cup.”

Mengapa Wenger mencadangkan Amutu ke kelab Perancis dulu?

Arsenal-Training

Berbanding undang-undang England yang lebih ketat, undang-undang Liga Perancis tidak mengklasifikasikan pemain dari benua Afrika sebagai pemain asing, walaupun negara mereka bukan anggota European Union (EU).

Jadi kebanyakan pemain bola sepak dari Afrika akan menggunakan sistem bola sepak Perancis sebagai batu loncatan kepada kelab-kelab di serata Eropah yang lain.

Mereka perlu bermain di Perancis selama 5 tahun untuk layak menerima passport EU sekaligus melayakkan mereka berpindah ke kelab Eropah lain.

Baca juga: 5 Pemain Import Pilihan Kami vs Tottenham Hotspurs (Dan Mengapa)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN