Arsene Wenger Dapat 4 Tawaran Untuk Kembali Ke Kancah Bola Sepak

Arsene Wenger

Beliau jelas rindukan keindahan hari-hari dahulu.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini dikatakan sedang dalam proses untuk kembali ke kancah pengurusan bola sepak selepas meninggalkan kelab itu.

Menurut laman Daily Express, Wenger kini ditawarkan dengan 4 tawaran kerja dengan pelbagai tugas menanti beliau.

Selain tugas lazim sebagai pengurus dari pasukan utama Eropah, beliau turut ditawarkan dengan jawatan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

Malah, Wenger turut dikatakan mendapat tawaran untuk menjadi pengarah bola sepak di kelab Ligue 1 – Paris Saint-Germain.

Wenger kini sedang berehat selepas bertugas sebagai pengurus Arsenal selama 22 tahun.

Beliau memberikan bayangan mahu kembali semula ke kancah pengurusan bola sepak namun Wenger menantikan masa yang sesuai untuk melakukan kemunculan semula.

Wenger sebelum ini memberikan bayangan untuk tidak menerima sebarang tawaran sebagai pengurus dari mana-mana pasukan Premier League kerana mahu menghormati Arsenal sebagai bekas majikannya.

Bekas pengurus Arsenal itu sebenarnya mengakui merindukan hari-hari beliau sebagai pengurus serta masa bersama para pemain di padang.

Memandangkan musim bola sepak Eropah sudah melebihi fasa dari separuh, dijangka Wenger hanya akan kembali pada musim baharu kelak.

Buat masa kini, Wenger hanya memenuhi tugasan sebagai penganalisis jemputan untuk siaran langsung bola sepak di saluran televisyen.

Wenger memenangi pelbagai kejuaraan bersama Arsenal dengan memenangi 3 gelaran Premier League dan 7 FA Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN