Previu MSL2019: Perak Cari 3 Mata Pertama, Kedah Mahu Terus Menang

Info perlawanan

  • Perak lawan Kedah
  • Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
  • Sepak mula: 9 malam
  • Pengadil perlawanan: Nagor Amir Noor Mohamed

Perlawanan menemukan 2 pasukan utara Malaysia pada malam ini pastinya akan memberikan impak kepada perjalanan MSL2019 kali ini.

Perak kembali ke gelanggang sendiri pada malam ini sementara Kedah sekali lagi perlu bertandang ke negeri Darul Ridzuan ini untuk mencari 3 mata.

Situasi berbeza, misi sama

Kedua-dua pasukan mempunyai misi yang sama iaitu mahukan 3 mata. Jika dilihat kepada status perlawanan ini yang dianggap sebagai perlawanan utama – kemenangan adalah wajib.

Namun begitu, situasi jelas berbeza buat kedua-dua pasukan pada malam ini di Ipoh.

Walaupun kedua-dua mempunyai misi yang sama, mereka hadir dengan situasi yang berbeza hasil dari perlawanan pertama.

Tuan rumah Perak mahukan respon segera selepas gagal memberikan tentangan sengit kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pertama di Larkin.

Hasilnya, mereka tumbang 1-0 dan gagal meraih 3 mata berserta Piala Sumbangsih.

Sementara bagi Kedah, mereka sekali lagi perlu ke Perak untuk mendapatkan 3 mata.

Skuad Hijau Kuning yang belum bermain di Stadium Darul Aman musim ini dalam saingan liga, hadir dalam motivasi yang lebih positif.

Mereka memperoleh 3 mata pertama dalam saingan liga apabila berjaya menumbangkan PKNP FC di Manjung minggu lalu.

Jadi semestinya mereka mahukan mengulangi kejayaan yang sama dengan menewaskan pasukan Perak yang lebih berupaya untuk menewaskan mereka malam ini.

Pemain pilihan

Perak jelas tempang di Larkin apabila mereka kehilangan Gilmar Da Silva selepas pemain itu digantung hasil kad merah diterima beliau pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Namun pada malam ini, beliau kembali lagi ke skuad Bos Gaurus dan ini memberikan motivasi tambahan kepada Mehmet Durakovic.

Perak

Dengan Durakovic menggunakan formasi 4-4-2 di Larkin, tempat Gilmar diisi oleh Firdaus Saiyadi untuk bergandingan dengan Wander Luiz.

Dengan kembalinya Gilmar ke skuad Perak, Firdaus dijangka akan ditolak ke bangku simpanan untuk membolehkan 2 pemain import itu bergandingan.

Sementara bagi Kedah, tumpuan terarah kepada pemain import mereka iaitu Jonathan Bauman.

Beliau yang menjaringkan gol kedua Kedah pada perlawanan lalu memberikan isyarat yang pemain ini mampu untuk melakukan sebarang masalah kepada pertahanan lawan.

Gol beliau yang terhasil di Manjung adalah kerana kepintaran individu yang ada pada Bauman untuk melepasi pertahanan lawan dan menghasilkan penyudah yang cukup berkesan.

Foto: KFA

Malam ini beliau sekali lagi akan diperhatikan sama ada mampu atau tidak untuk terus memacu gandingan bersama Zaquan Adha dan Fernando Rodriguez untuk memberikan masalah kepada pertahanan Perak.

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini dijangka akan berlangsung dengan sengit kerana kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang setara.

Dengan penyokong dibenarkan masuk secara percuma, Stadium Perak pastinya akan dibanjiri dengan penyokong yang mahu menyaksikan aksi antara kedua-dua pasukan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Saksikan perlawanan secara live di Semuanya BOLA. Khas untuk anda. Tanpa log masuk, tanpa pendafatran. [Klik sini] untuk menonton perlawanan MSL2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN