Arsenal akhirnya menamatkan segala spekulasi dengan mengumumkan penyertaan Willian bersama pasukan itu selapas berjaya menandatangani penyerang Brazil tersebut secara percuma dengan kontrak selama tiga tahun.
Kontrak pemain berusia 32 tahun itu bersama Chelsea tamat baru-baru ini dan beraksi buat kali terakhir untuk The Blues ketika kekalahan 4-1 kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada minggu lalu.
“Saya mengambil keputusan untuk menyertai Arsenal kerana ini adalah satu satu pasukan terbesar di dunia. Mereka ada projek baharu bersama Mikel Arteta,” kata Willian dalam temubual pertamanya selepas diperkenalkan secara rasmi.
🆕 New club. New colours. New beginnings.
— Arsenal (@Arsenal) August 14, 2020
👋 Welcome to The Arsenal, @WillianBorges88! 🔴 pic.twitter.com/B7Tl01BXLe
“Saya rasa kelab ini berhak untuk kembali menyinar dan saya mahu menjadi sebahagian daripada projek ini, dan saya perlu buat yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk meraih kemenangan.
“Saya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh untuk diturunkan dan akan memberi 100 peratus untuk membantu pasukan ini menang setiap perlawanan dan meraih trofi kejuaraan.”
Willian yang akan menyarung jersi nombor 12 di Arsenal telah mengumpul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Piala FA dan Liga Europa sepanjang tujuh tahun bersama Chelsea. Beliau juga merupakan pemain penting dalam skuad kebangsaan Brazil dan telah membuat 70 penampilan sejak 2011.
Sementara itu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya kemasukan Willian akan menjadi nilai tambah yang besar buat pasukannya terutamanya dengan pengalamannya di pentas EPL.
💬 "It is the character that I want. The kind of player that when things get difficult in the game that wants to take responsibility, wants the ball and wants to win the game for the team."
— Arsenal (@Arsenal) August 14, 2020
👔 @m8arteta discusses the signing of @WillianBorges88 👇
“Kami telah memantaunya sejak beberapa bulan lepas dan kami mempunyai matlamat yang jelas untuk memperkukuhkan bahagian serangan dan sayap. Saya percaya dia akan memberikan kami banyak pilihan memandangkan dia adalah pemain yang serba boleh untuk beraksi dia tiga atau empat posisi yang berbeza,” ujar Arteta.
Musim lepas Arsenal menamatkan saingan EPL di kedudukan kelapan sementara Chelsea pula di tempat keempat. Bagaimanapun Arsenal tetap layak ke saingan Liga Europa (UEL) musim depan selepas berjaya memenangi Piala FA selepas menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir baru-baru ini.
Kredit Foto: Worldwide Arsenal
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal: