Arsenal menewaskan Tottenham untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 18 tahun, William Saliba dari Saint-Etienne dengan nilai perpindahan £27 juta, pada hari yang sama pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos sah menyertai kelab London tersebut secara pinjaman.
Saliba menandatangani kontrak selama lima tahun untuk menyertai Arsenal, namun pemain tersebut akan kekal bersama Saint-Etienne di Ligue 1 sehingga musim panas 2020.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Ceballos pula menyertai Arsenal secara pinjaman.
“This is a big club, and when you come here, you need to be ready.”
?? #SalibaSigns pic.twitter.com/lzFClzYYqq
— Arsenal (@Arsenal) July 25, 2019
Ceballos yang berusia 22 tahun telah beraksi sebanyak 56 kali untuk Los Blancos, sejak menyertai gergasi La Liga itu dari Real Betis.
Mengenai ketibaan Ceballos, pengurus, Unai Emery berkata:
“Kami teruja untuk Dani [Ceballos] menyertai kami. Beliau adalah pemain berbakat dengan keupayaan teknikal tinggi, kreativiti dan ketepatan.”
Ceballos memiliki enam caps bersama negaranga, akan memakai jersi No.8 untuk Arsenal pada musim akan datang. Debut pemain tersebut pula ialah pada Ahad ini dalam pertandingan Piala Emirates menentang Lyon.
? Hermanos@DaniCeballos46 ?? @HectorBellerin
?? #HolaDani pic.twitter.com/Ify7kkhxsd
— Arsenal (@Arsenal) July 25, 2019
Berkenaan Saliba, minat oleh Arsenal untuk mendapatkan pemain tersebut bermula sejak selepas musim panas tahun lalu.
“Kami gembira William [Saliba] menyertai kami,” ujar Emery.
“Banyak pasukan mahukan khidmatnya, tetapi beliau memilih untuk menyertai kami sekaligus akan menjadi sebahagian dari masa depan kelab ini.”