Solskjaer: Kecederaan Bailly Nampak Teruk, Tetapi Kami Cukup Pemain Untuk Menampungnya

Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan beliau terpaksa menerima hakikat bahawa keadaan Eric Bailly agak teruk selepas mengalami kecederaan dalam aksi pra-musim menentang Tottenham Hotspur.

Manchester United mencatatkan kemenangan ke-4 mereka dalam pra musim kali ini – menewaskan Spurs 2-1.

Namun berita yang kurang enak daripada perlawanan ini adalah kondisi Eric Bailly. Pemain tersebut hanya beraksi 10 minit pada separuh masa kedua. Bailly terpaksa dikeluarkan atas arahan pegawai kecergasan pasukan.

Eric Bailly diusung dengan ‘stretcher’. Selepas itu jurugambar pasukan United merakan gambar lutut pemain tersebut menggunakan pendakap.

Kecederaan ini pastinya mengecewakan Eric Bailly yang mahu kembali semula ke padang selepas beberapa siri kecederaan sebelum ini – serta bergelut dengan isu kecergasan.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Solskjaer masih menunggu status sebenar pemain itu daripda petugas kecergasan pasukan. Solskjaer hanya boleh memberikan gambaran bahawa keadaan pemain tersebut agak teruk.

Solskjaer berkata: “Setiap kecederaan itu sentiasa tidak bagus dan tiada siapa harus menerimanya.”

“Beliau mengalami kecederaan di lutut, tetapi saya tidak pasti lagi betapa teruknya kecederaan itu.”

“Kami perlu menghantar beliau pulang segera ke Manchester untuk melakukan imbasan. Apa yang boleh kami buat ketika ini adalah mendoakan yang terbaik untuk beliau,” jelas Solskjaer kepada MUTV.

“Keadaannya kelihatan agak teruk. Namun kita lihatlah nanti apa keadaan sebenar.”

Kecederaan terbaru ini pastinya meresahkan Solskjaer. United sebelum ini dikaitkan dengan bek tengah Leicester City, Harry Maguire. Namun tanda harga yang diletakkan Leicester adalah £80 juta.

Namun begitu, Ole Gunnar menyatakan mereka tidak panik untuk pergi ke pasaran perpindahan untuk mendapatkan bek tengah baharu.

Hal ini kerana beliau percaya pasukannya mempunyai kualiti yang cukup untuk menampung ketiadaan Bailly.

“Kami ada 6 bek tengah yang tersedia dan digilirkan dalam jelajah pra musim kali ini. Phil [Jones] bermain 3 perlawanan awal, kemudian Rojo dan Smalling juga mendapat peluang mereka.”

“Kami ada jaminan yang bagus untuk bahagian pertahanan. Namun seperti yang saya katakan tadi, kamu tidak akan pernah gembira apabila cedera, mari doakan yang terbaik untuk Eric.”

Sejak menyertai United pada 2016, Eric Bailly bermain dalam 74 perlawanan. Namun musim lalu beliau hanya beraksi 12 perlawanan kerana isu kecergasan selepas kembali daripada kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN