Arsenal Tawar Harga Tinggi Dapatkan Declan Rice Tapi West Ham Masih Tak Puas Hati

Declan Rice

Arsenal dilihat begitu mahukan pemain West Ham United, Declan Rice sebagai teraju utama mereka di bahagian tengah padang sambil diapit Martin Odegaard.

Oleh kerana kemahuan yang begitu mendalam terhadap pemain tersebut, Arsenal dilihat begitu serius dalam mendapatkan Rice sehingga sanggup menawarkan jumlah perpindahan yang amat tinggi.

Menurut laporan di England, Arsenal dikatakan sedia menawarkan jumlah perpindahan sebanyak £105 juta (RM624 juta) kepada West Ham untuk mendapatkan Rice pada musim hadapan.

Namun begitu, West Ham dilaporkan tidak berpuas hati dengan struktur pembayaran yuran perpindahan yang dipersembahkan oleh Arsenal. Barangkali struktur yang diperkenal oleh The Gunners lebih kepada format ansuran yang mengambil masa lebih lama dan melibatkan bonus prestasi yang bergantung kepada aksi Rice di atas padang itu sendiri.

Walaupun tidak berpuas hati, West Ham tidak terburu-buru untuk menamatkan proses rundingan dengan Arsenal sebaliknya ia masih lagi berjalan.

Akan tetapi, terdapat plot twist dalam perkara ini kerana sambil-sambil berunding dengan Arsenal, West Ham juga menantikan bidaan daripada Manchester City yang dikatakan berminat dan mahu ‘sailang’ Rice daripada The Gunners.

West Ham dilaporkan sedang menantikan juga bidaan daripada City dan jika ia dilihat lebih berbaloi maka mereka mungkin akan melupakan segalanya daripada Arsenal.

Rice dikatakan lebih berminat untuk menyertai Arsenal namun jika kelab itu tidak begitu serius mendapatkan pemain tersebut pemain itu boleh melupakan peluang bermain untuk The Gunners.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN