Arsenal dan Mesut Ozil dikatakan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak pemain tengah Jerman tersebut dengan serta merta, menurut The Athletic dalam laporannya.
Sehubungan itu, pemain berusia 32 tahun itu dijangka akan terbang ke Turki untuk menyertai Fenerbahce yang dilaporkan telah pun berjaya memancing Ozil bagi menyertai kelab tersebut pada bulan ini.
Dalam satu temubual, Ozil sebelum ini mengakui cuba untuk kekal di Emirates sehingga kontraknya tamat pada penghujung musim ini kerana masih berharap untuk beraksi untuk The Gunners.
Breaking: Mesut Ozil has a verbal agreement with Arsenal to terminate his contract this weekend and will join Fenerbahce in the coming days, sources have told @JamesOlley. pic.twitter.com/x5zVwrrwu8
— ESPN FC (@ESPNFC) January 16, 2021
Bagaimanapun mungkin beliau mengubah keputusannya selepas membuat perbincangan hati ke hati dengan pihak pengurusan kelab dan pengurus Mikel Arteta sendiri.
Pada awal bulan ini, Arteta mengakui sekiranya rundingan penamatan kontrak Ozil dapat diselesaikan, maka ianya baik bagi kedua-dua pihak.
Ozil merupakan di antara penerima gaji tertinggi dalam sejarah Arsenal apabila beliau ditawarkan kira-kira £350,000 seminggu apabila menyambung kontrak pada 2018.
Namun sejak Arsene Wenger meninggalkan kelab utara London tersebut, masa depan Ozil hari demi hari semakin malap di bawah kendalian Unai Emery dan Arteta.
Adakah Ozil Wajar Dianggap Legenda Arsenal Dan Dibina Tugunya Di Emirates? https://t.co/bdeZA1aKxz pic.twitter.com/AZtBLOPJuB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 8, 2021
Kemuncaknya beliau tidak disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa (UEL) pada musim ini.
Bagi memastikan pihak kelab dan mengurangkan bebanan perbelanjaaan setiap bulan, maka pilihan terbaik tentulah melepaskan Ozil lebih awal
Berdasarkan kiraan secara kasar, Arsenal perlu membayar Ozil kira-kira £7 juta sehingga penghujung musim ini tanpa menggunakan khidmatnya langsung.
Dalam satu sesi soal jawab di Twitter, Ozil memberi respon kepada satu soalan yang bertanya mengapa beliau berminat untuk menyertai Fenerbahce dan menjawab kerana kelab tersebut ibarat Real Madrid di Sepanyol.
Fenerbache Real Madrid
🤝
Mesut Ozil pic.twitter.com/BoCznPDHTg
— ESPN FC (@ESPNFC) January 11, 2021
Pemenang Piala Dunia 2014 itu juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Tukri kerana kerana keluarga beliau sememangnya berasal dari negara tersebut selain mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden, Recep Tayyip Erdogan.
Kredit Foto: TurcFootball
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mesut Ozil:
Mesut Ozil: Bukan Libatkan Saya Sahaja, Ini Masa Sukar Buat Semua
‘Saya Akan Tetap Bersuara Demi Kemanusiaan’ – Ozil Luah Kekecewaan Disisih Arsenal
Ozil: Saya Akan Bayar Gaji Gunnersaurus Selagi Bergelar Pemain Arsenal