Selepas kemenangan 1-0 ke atas Liverpool, Swansea terus menghidupkan survival mereka di dalam EPL dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Arsenal.
Lebih menarik, mereka bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 3-1. Swansea mencatatkan kemenangan 2 perlawanan berturut-turut dalam liga buat pertama kali musim ini. Ini juga kemenangan ke-2 Swansea ke atas pasukan 6 teratas di bawah kendalian Carlos Carvalhal.
Arsenal terus meratapi rekod buruk di gelanggang laan musim ini. Mereka hanya menang 3 daripada 13 perlawanan liga di tempat lawan. Kali terakhir mereka menang di tempat lawan adalah pada 28 Disember 2017 menentang Crystal Palace.
https://twitter.com/nowarsenaI/status/958458211249655809
Arsenal mendahului menerusi Nacho Monreal yang meneruskan aksi cemerlang beliau. Sekaligus merekodkan gol ke-4 beliau musim ini.
Swansea terus memberikan respon mereka kepada gol tersebut dengan memanipulasi Ozil yang menyimpan bola terlalu lama. Mereka merampas bola, Mawson melorongkan bola cantik ke kaki Clucas dan Petr Cech ditewaskan di ‘near post’ pada minit ke-34.
Pada minit ke-60, Henrik Mkhitaryan dimasukkan untuk melakukan debut bersama The Gunners.
Malangnya hanya seminit di padang, beliau menyaksikan Swansea menambah satu lagi gol menerusi Ayew.
Kali ini Petr Cech melakukan kesilapan yang pastinya tak mahu dikenang oleh peminat Arsenal. Beliau terhantar bola kepada Jordan Ayew. 3 Pemain Swansea menekan beliau dan Cech gagal menyelamatkan gol ‘tap-in’ Ayew yang dihadiahkan oleh beliau.
Anda saksikan di sini:
👀 Arsenal fans, look away NOW!
Petr Cech has had an absolute Weston-super-Mare.. 😂 #AFC pic.twitter.com/uySCo9pJWe
— Mr. Footy Tips (@MrFootyTips) January 30, 2018
Bukan rekod yang baik untuk Cech ketika ini.
Swansea 1-1 Arsenal HT: Petr Cech hasn't kept a clean sheet since December 16, a run of seven matches https://t.co/Mx02vpI3fc #SWAARS pic.twitter.com/WdruDKVG4N
— WhoScored.com (@WhoScored) January 30, 2018
Seperti biasa, Wenger menagih sentuhan Giroud dalam keadaan seperti ini. Olivier Giroud dimasukkan pada minit ke-76, dan ramai merasakan ia mungkin aksi perpisahan Giroud dengan Arsenal.
Pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab seteru sebandar mereka Chelsea.
Gol ke-3 Swansea adalah mirip kepada gaya Arsenal. Swansea menekan Arsenal di garisan tinggi mendesak Monreal melakukan kesilapan.
Ayew menggunakan fizikal yang keras untuk menewaskan cabaran daripada pertahanan Arsenal di ‘byline’ dan melorongkan bola yang disumbat masuk oleh Clucas.
Kemenangan ini membolehkan Swansea keluar daripada zon penyingkiran sekurang-kurangnya untuk 24 jam. 3 lagi pasukan di zon penyingkiran masih belum beraksi.
Arsenal sekali lagi gagal menggunakan kesempatan yang ada untuk menyamakan kedudukan dengan Spurs yang berada di tangga ke-4.
Arsenal kini sedang sibuk dalam jendela perpindahan. Mereka masih dalam proses membawa masuk Aubameyang. Giroud pula dikaitkan akan meninggalkan Arsenal.
Adakah selepas ini si super sub ini tidak akan bermain untuk Arsenal lagi? Dan ini mungkin gambar terakhir beliau dalam jersi Arsenal?
Photos: Olivier Giroud applauds the Arsenal away fans for what may be the last time in his career. [@IndyFootball] #afc pic.twitter.com/YggwdeNDwQ
— afcstuff (@afcstuff) January 30, 2018
Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool menang 0-3 ke atas Huddersfield di tempat lawan. Membolehkan mereka menjarakkan mata kepada 5 mata dari Spurs.
Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh Emre Can, Firmino dan Mohamed Salah. Pada hujung minggu ini mereka akan menerima kunjungan Tottenham Hotspur.