Arsenal Julang Perisai Komuniti 2017 Tewaskan Chelsea

Arsenal membawa pulang Perisai Komuniti selepas menewaskan Chelsea 4-1 dalam penentuan sepakan penalti. Perlawanan berakhir 1-1 untuk 90 minit.

Chelsea tampil selaku juara EPL 2016/17 manakala Arsenal pula juara Piala FA 2016/17.

Arsenal bermula baik di dalam perlawanan ini. Tetapi mereka gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang di dalam kotak penalti.

Chelsea mendahului pada ketika perlawanan disambung hanya seminit pada separuh masa kedua menerusi Victor Moses.

Arsenal bergelut untuk menyamakan kedudukan. Sehinggalah minit ke-83, Sead Kolasinac menayamakan kedudukan, hasil daripada ‘set piece’ menarik daripada Granit Xhaka.

Rudiger hanya mampu melihat Kolasinac melompat dengan yakin di hadapan beliau. Sebelum itu, Pedro Rodriguez dilayangkan kad merah kerana terjahan dari belakang ke atas Elneny.

Perlawanan seri 1-1 dan terus ke penentuan sepakan penalti. Sistem ABBA digunakan kali ini. Anda boleh rujuk penjelasannya di sini:

Sistem Penalti ABBA Akan Digunakan Kali Pertama Di Perlawanan FA Community Shield

Dalam penentuan sepakan penalti, Gary Cahill memulakannya dengan baik untuk Chelsea. Arsenal kemudian menjaringkan 2 gol Walcott dan Monreal.

Dalam kedudukan 2-1 untuk Arsenal, Curtois menjadi penendang ke-3, dan sepakannya liar ke udara. Lebih malang, penendang ke-3 Chelsea, bintang sensasi yang baru dibeli Alvaro Morata juga gagal menyempurnakan tugasan.

Arsenal mengesahkan kejuaraan Perisai Komuniti dengan 2 gol selepas itu menerusi Chamberlain dan Giroud.

Tahniah Arsenal di atas kejayaan menjuarai Perisai Komuniti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN