Arsenal Mula Langkah Kanan, Tewaskan Liverpool Dalam Aksi FA Community Shield

Arsenal

Pasukan Arsenal berjaya merangkul gelaran FA Community Shield selepas membenam cabaran Liverpool dengan jaringan menerusi penentuan sepakan penalti.

Dilangsungkan di Wembley, perlawanan dilangsungkan dengan cukup seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai sejumlah masa yang cukup untuk menguasai perlawanan.

Liverpool berpeluang mendahului menerusi jaringan Virgil van Dijk namun begitu tandukannya itu dinafikan pengadil selepas pemain tersebut dalam kedudukan ofsaid.

Tidak lama kemudian, Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan Arsenal dihadapan selepas serangan balas pantas mereka membolehkan pemain itu melakukan rembatan lencong cantik menewaskan Alisson Becker.

Selepas itu, Liverpool terus menekan Arsenal dengan menggunakan bahagian kiri menerusi hantaran-hantaran lintang dari Andy Robertson.

Fokus Liverpool yang terlalu menggunakan kawasan kiri menyebabkan Mohamed Salah sering terpinggir dalam aksi serangan The Reds.

Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus mencari gol penyamaan sementara Arsenal cuba mempertahankan pendahuluan mereka.

Kemasukan pemain Jepun, Takumi Minamino jelas sekali memberikan dimenasi baharu kepada serangan Liverpool.

Hasilnya, beliau berjaya mendapatkan gol penyamaan untuk Liverpool dengan menewaskan Emiliano Martinez dari jarak dekat.

Tamat 90 minit, pemenang perlu dicari menerusi penentuan sepakan penalti.

Pemain muda, Rhian Brewster menjadi duri dalam daging buat pasukannya sendiri apabila sepakan penaltinya memggegar palang sekaligus memusnahkan harapan Liverpool.

Aubameyang yang menjadi pengambil penalti kelima mengesahkan kejuaraan pembuka musim bola sepak England menjadi Arsenal.

Keputusan penuh, Arsenal 1-1 Liverpool. The Gunners menang dengan penentuan sepakan penalti 5-4.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN