MSL 2020: TFC Terus Pamer Kehebatan, Tundukkan Sabah 4-0

Terengganu FC (TFC) berjaya melonjak ke tangga kedua CIMB Liga Super Malaysia 2020 selepas mencatatkan kemenangan selesa 4-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Sedar hanya kemenangan dapat merapatkan kedudukan mereka dengan pendahulu saingan, Johor Darul Ta’zim (JDT), skuad bimbingan Nafuzi Zain itu mempamerkan corak permainan menarik terutamanya pada separuh masa kedua.

TFC hanya memerlukan 12 minit sahaja untuk membuka tirai jaringan apabila penjaring terbanyak liga, Dominique Da Sylva menyudahkan percubaan susulan berpunca daripada rembatan awal Faiz Nasir yang dihalang pertahanan pasukan pelawat.

Gol tersebut juga merupakan jaringan ketujuh buat Da Sylva selepas mengharungi enam perlawanan liga setakat ini.

Sanjar Shaakhmedov menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-43 apabila beliau tidak mensia-siakan peluang menolak masuk hantaran dalam kawasan penalti dilakukan Lee Tuck.

Bagaikan mendapat tonik yang cukup berguna di bilik persalinan, para pemain Terengganu FC memperkemaskan aksi dan nyata ianya membuahkan hasil dengan dua lagi jaringan berjaya ditambah.

Sabah yang kelihatan gagal mempamerkan aksi terbaik mereka terus hampa setelah Sanjar menambah jaringan ketiga di minit ke-70.

Jaringan peribadi kedua daripada pemain import kelahiran Uzbekistan itu mirip gol pertama dilakukan Da Sylva apabila beliau melakukan percubaan susulan selepas rembatan Faiz Nasir dihalang penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Sabah cuba untuk merobek gawang TFC yang dikawal Shamirza Yusoff tetapi beberapa percubaan dilakukan masih belum mampu untuk menghasilkan jaringan diharapkan.

Pemain import dari Singapura, Faris Ramli melengkapkan malam gemilang buat TFC setelah beliau dengan tenang menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti ketika pintu gol Sabah sudah pun terbuka luas pada minit ke-84.

Dengan kemenangan bergaya dicatatkan, Terengganu FC kini meraih 10 mata, hanya ketinggalan tiga mata di belakang JDT manakala meninggalkan Perak yang menduduki tangga ketiga dengan dua mata.

Kredit featured image: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN