Arsenal Ketepi Ozil Dan Kolisnac Kerana Isu Keselamatan

Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak berada di dalam skuad Arsenal yang akan bertemu Newcastle United di perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kerana isu keselamatan.

Kedua-dua pemain sebelum ini adalah mangsa kepada kejadian rompakan bersenjata di London kira-kira dua minggu lalu.

Dalam satu kenyataan Arsenal berkata mereka bekerja rapat dengan pihak polis dan kini turut memberi segala sokongan yang diperlukan oleh pemain dan keluarga mereka.

“Kebajikan pemain dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujar kenyataan tersebut lagi.

“Kami juga menunggu pemain untuk kembali menyertai pasukan secepat mungkin.”

Ozil dan Kolasinac disisihkan daripada perlawanan persahabatan diantara Arsenal dan Lyon selepas insiden tersebut, namun kembali menyertai perlawanan pra musim menentang Barcelona pada Ahad.

Insiden terbaru itu kini masih berada di dalam siasatan polis.

Selepas berjaya mengelakkan diri dari menjadi mangsa rompakan bersenjata itu, Kolasinac memuat naik gambar dirinya bersama Ozil di media sosial dan berkata: “Rasanya kami selamat.”

Polis Metropolitan turut bekerjasama rapat dengan Arsenal untuk menyiasat segala bentuk ancaman yang mungkin timbul.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN