Arsenal Gantung Dua Jurulatih, Lakukan Siasatan Dalaman Bersabit Kes Buli

Arsenal telah mengambil tindakan menggantung jurulatih skuad B-23 kelab berkenaan, Steve Gatting (gambar bawah) dan pembantu beliau, Carl Laraman berkuatkuasa serta merta.

Pergantungan tersebut dipercayai akibat daripada dakwaan kes buli yang berlaku dan nasib kedua-dua jurulatih akan ditentukan selepas selesai siasatan dalaman yang dilakukan oleh pihak kelab.

Getty Images

Kedua-dua jurulatih tidak kelihatan ketika Arsenal B-23 berhadapan dengan Porto B-23 di perlawanan akhir Premier League International Cup pada Selasa lalu.

Kwame Ampadu yang merupakan jurulatih skuad B-18, mengambil alih peranan Gatting dan Laraman di dalam perlawanan tersebut.

Menurut laporan di Britain, Gatting dan Laraman (gambar bawah) digantung setelah pihak kelab mendapat beberapa aduan daripada pemain akademi.

Getty Images

Budaya buli di kelab tersebut turut dikatakan menjadi salah satu sebab bintang masa hadapan, Marcus McGuane meninggalkan Arsenal untuk Barcelona pada Januari lalu.

McGuane yang berusia 19 tahun menjadi pemain Inggeris pertama sejak Gary Lineker untuk beraksi bersama Barcelona. Bagaimanapun, pemain muda ini belum lagi tampil untuk Barcelona di Nou Camp.

Sebelum ini terdapat laporan dari Britain mengatakan McGuane tidak senang dengan dua jurulatih tersebut.

LUGO, SPAIN – FEBRUARY 18: Marcus McGuane of FC Barcelona B in actionduring the La Liga 123 match between CD Lugo and FC Barcelona B at Angel Carro Stadium on February 18, 2018 in Lugo, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Arsenal mengesahkan Gatting dan Laraman telah digantung daripada tugas masing-masing. Namun demikian, pihak kelab tidak ingin mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga proses siasata selesai dilakukan.

“Pihak kelab telah menggantung dua jurulatih dan memulakan siasatan dalaman selepas menerima aduan daripada beberapa pemain,” ujar jurucakap kelab kepada The Hackney Gazette.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN