Arsenal bertindak melucutkan peranan kapten yang sebelum ini menjadi milik Pierre-Emerick Aubameyang selepas isu melanggar disiplin yang ditetapkan kelab pada minggu lalu.
Perkara itu dinyatakan oleh Arsenal melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarikan oleh kelab sebentar sahaja tadi.
Bukan sahaja lilitan sebagai kapten pasukan telah dilucutkan, Aubameyang juga akan digugurkan daripada pasukan untuk perlawanan menentang West Ham di Emirates pada Rabu.
An update on Pierre-Emerick Aubameyang
— Arsenal (@Arsenal) December 14, 2021
“Kami menuntut setiap pemain, khususnya kapten pasukan, untuk bekerja dengan mematuhi peraturan dan standard yang telah ditetapkan serta dipersetujui semua pihak,” ujar kenyataan tersebut.
“Kami kini hanya akan memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan yang akan berlangsung esok.”
Sebelum ini pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengugurkan Aubameyang daripada skuad The Gunners yang menewaskan Southampton 3-0 pada hujung minggu lalu kerana masalah dispilin.
Bagaimanapun pengendali dari Sepanyol itu tidak menyatakan dengan jelas apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh penyerang antarabangsa Gabon itu.
Arsenal announced that following his latest disciplinary breach last week, Pierre Aubameyang will no longer be club captain. 🚫 #AFC
Arsenal are already planning to sign a new striker for 2022 – probably in the summer.
To be clear: there are no talks with Vlahović/agents. pic.twitter.com/0wcKuhJl77
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 14, 2021
The Athletic dalam satu laporan berasingan sebelum ini mendedahkan Aubameyang digugurkan selepas tiba lewat untuk rombongan pasukan ke tempat lawan.
Ketiadaan Aubameyang menyaksikan Alexandre Lacazette mengetuai pasukan ketika perlawanan menentang Southampton.
Aubameyang menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun bersama kelab utara London itu pada tahun lalu.
Bagaimanapun kontrak baharu yang menjadikan Aubameyang sebagai pemain dengan gaji tertinggi di Emirates itu tidak membantu, sebaliknya pemain itu terus menerus bergelut dengan prestasi tidak menentu.
BREAKING: Arsenal have stripped Pierre Emerick Aubameyang of the club captaincy following "his latest disciplinary breach", and will not be in the squad for their match against West Ham tomorrow. #Arsenal #Aubameyang #Auba pic.twitter.com/CVt58Gkaet
— That's Football! (@ThatsFootballTV) December 14, 2021
Musim ini, Aubameyang hanya menjaringkan empat gol di saingan Premier League – kali terahir pada Oktober lalu ketika menentang Aston Villa.
Ini bukan kali pertama Aubameyang digugurkan daripada pasukan kerana masalah disiplin. Arteta turut pernah bertindak sedemikian pada musim lalu ketika Arsenal menewaskan Tottenham 2-1.
Sehingga kini Arsenal berada di kedudukan keenam dengan 26 mata selepas 16 perlawanan, dan ketinggalan dua mata untuk berada di dalam kelompok empat pasukan teratas.