Arsenal Dijangka Umum Arteta Hari Ini

Arsenal dilaporkan akan mengumumkan Mikel Arteta sebagai pengurus baharu mereka hari ini.

Koresponden yang paling dipercayai penyokong Arsenal iaitu David Ornstein menyatakan perkara itu dalam laporan beliau semalam.

Menurut Ornstein: “Mikel Arteta sudah memberikan kata-kata perpisahan yang emosional kepada pemain dan staf Manchester City di Kampus Etihad pada pagi ini [semalam].”

“Beliau kemudiannya meninggalkan kampus Etihad untuk melengkapkan urusan perlantikannya sebagai ketua jurulatih Arsenal.”

“Latihan Manchester City kali ini tiada Arteta bersama. Arteta akan diumumkan sebagai pengurus Arsenal pada Jumaat.”

Nama Mikel Arteta adalah pendahulu dan calon pilihan di kalangan senarai calon lain. Arsenal sebelum ini dijangka akan cuba mendapatkan khidmat Ancelotti ataupun Mauricio Pochettino.

Namun mereka hanya mengadakan perbicangan dengan Arteta. Tanda betapa seriusnya mereka mahukan Arteta.

Arteta merupakan bekas kapten Arsenal yang bermain untuk pasukan itu ketika di bawah kendalian Arsene Wenger. Beliau kini menjadi pembantu kepada Pep Guardiola di Manchester City.

Arsenal memecat Unai Emery sebelum ini selepas prestasi hambar dalam beberapa perlawanan mereka.

Tempat pengurus Arsenal diisi sementara oleh Freddie Ljungberg.

Minggu lalu, 2 kali Freddie Ljungberg menggesa agar pengurusan tertinggi menyelesaikan segera urusan perlantikan pengurus tetap yang baharu.

Ini kerana polisi Arsenal ke atas interim adalah sangat ketat dan ianya membataskan interim untuk berkuasa dalam melantik staf jurulatih tambahan.

Freddie Ljungberg menyatakan perkara itu akan menyukarkan persediaan pasukan kerana tidak cukup kakitangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN