RASMI: Kogileswaran Perkuat Jentera Serangan PJ City

Pemain penyerang Harimau Muda, M. Kogileswaran yang terkenal dengan panggilan Kogi, sah menyertai pasukan PJ City FC bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan tersebut musim hadapan.

Majlis pengumuman pemain itu dibuat sebentar tadi oleh PJ City, dalam satu majli serba ringkas namun sangat bermakna bagi pemain dan juga pasukan.

Kogileswaran merupakan bakat muda yang lahir daripada akademi Frenz United. Beliau kemudian diserap masuk ke dalam pasukan Harimau Muda D, dan kemudian naik ke Harimau Muda C.

Kogi, sinonim dengan pasukan Pahang. Beliau menyertai pasukan tersebut pada 2016.

Beberapa hari lalu, Kogileswaran sudah mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Pahang menerusi satu hantaran beliau di media sosial.

Dan hari ini, PJ City mengalu – alukan kedatangan M. Kogileswaran bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka pada musim akan datang.

PJ City dalam kenyataan mereka: “Selamat datang kepada M. Kogileswaran, sebagai salah satu lagi tambahan kepada jentera serangan PJ City.”

“Kogi sebelum ini bermain untuk pasukan Malaysia B-23 dan juga pasukan Pahang pada tahun ini.”

“Bersama beliau adalah Setiuasaha Agung Kelab, Encik Ganesh dan ketua jurulatih, K. Devan, serta pengurus peribadi Kogi.”

PJ City menjangkakan musim 2020 akan menjadi musim yang mengujakan dengan kehadiran ramai pemai muda berbakat di dalam pasukan mereka.

Selamat maju jaya kepada M. Kogileswaran bersama pasukan baharu beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN