Pasukan Arsenal kini dalam usaha untuk membawa pemain pertahanan baharu bagi mengimbangi krisis kecederaan yang menimpa mereka.
Memetik sumber Football London, mereka kini dalam usaha untuk membawa masuk pemain pertahanan yang kini beraksi bersama-sama RB Leipzig – Dayot Upamecano.
Pemain yang berasal dari Perancis berusia 21 tahun itu merupakan antara prospek yang cukup dimahukan oleh Arsenal sejak dari awal musim ini lagi.
Malah, mereka dikatakan sudah mula menawarkan wang perpindahan besar sebanyak €60 juta kepada RB Leipzig pada awal musim.
Namun begitu, bidaan itu ditolak dan Arsenal dijangka akan kembali ke Jerman untuk mendapatkan sekali lagi pemain itu dari RB Leipzig.
Kelab Jerman itu dikatakan bukan sahaja mahukan wang, tetapi mereka mahu mendapatkan pemain Arsenal iaitu Emile Smith-Rowe yang pernah beraksi bersama mereka selama setengah musim.
Akan tetapi, Arsenal tidak mahu melepaskan pemain tersebut jadi mereka hanya akan berikan wang sahaja dalam usaha membawa Upamecano ke Emirates.
Upamecano menjadi pemain yang bukan sahaja didambakan oleh Arsenal tetapi Manchester United turut berminat dengannya.