Arsenal musim ini boleh dikatakan berada pada tahap terbaik mereka di segenap posisi untuk tampil sebagai salah satu pasukan paling menyerlah dalam saingan English Premier League (EPL).
Walaupun begitu, momentum mereka kini dilihat sedikit terjejas di posisi serangan selepas ada siri kecederaan dan konsistensi melanda yang menyebabkan mereka perlu mendapatkan pemain baharu.
No matter the result – always together ❤️ pic.twitter.com/LpBJzqLy03
— Arsenal (@Arsenal) February 11, 2023
Ketika ini, Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat ‘wonderkid’ dari Brazil iaitu Vitor Roque pada musim panas akan datang dalam usaha untuk memperkukuhkan posisi serangan mereka.
Menurut laporan Sports Bible, Pengarah Teknikal Arsenal iaitu Edu dilaporkan sudah pun menghubungi kelab diwakili Vitor, Athletico Paranaense untuk memulakan langkah mereka mendapatkan pemain berkenaan.
Pendahulu carta EPL itu jelas mahu memulakan perancangan mereka dengan lebih awal dalam jendela perpindahan akan datang supaya mereka boleh terus memberi cabaran besar buat kelab-kelab lain.
Selain Arsenal yang menyimpan minat untuk mendapatkan Vitor, beberapa kelab pencabar lain turut menunjukkan rasa minat kepada pemain berusia 17 tahun itu seperti Chelsea dan Newcastle United.
Walaubagaimana pun, Edu menyatakan peluang untuk mereka mendapatkan pemain ini masih samar-samar dengan berkemungkinan harga pasaran Vitor mungkin lebih mahal, kerana mempunyai kontrak yang panjang bersama Athletico.
👀 Vitor Roque has been approached by Arsenal. This is how he plays, he's 17 🤯 pic.twitter.com/xW8vNajS4E
— Poohlga (@ArsenalPooh) February 10, 2023
Musim ini menyaksikan Arsenal berjaya dibentuk dengan baik oleh Mikel Arteta menerusi barisan-barisan pemain muda yang mempamerkan potensi cukup baik untuk memberi semangat daya saing kepada pasukan lawan.
Disebabkan itu, reputasi Arteta menjadi sangat besar ketika ini dalam membangunkan bakat-bakat muda dalam pasukan kendaliannya selain memberi kepercayaan daripada segi minit permainan.
Faktor ini dilihat sangat kuat untuk Roque menyertai Arsenal berbanding kelab lain, ekoran rakan senegaranya seperti Gabriel Martinelli sangat menyerlah bersama kendalian Arteta.
Sehingga kini bukan sahaja kelab dari England menyimpan minat bagi mendapatkan Roque, malah wakil Sepanyol seperti Barcelona juga sudah memulakan langkah mereka.
Barcelona ketika ini sangat yakin akan mendapat pemain tersebut pada jendela perpindahan akan datang, namun situasi mungkin berubah kerana tarikan daripada kelab-kelab EPL mungkin menyukarkan mereka.
🚨 Arsenal have recently made an approach to Athletico Paranaense for 17-year old striker, Vitor Roque. Edu Gaspar has been in touch with the player’s entourage. Reports, @GoalBR. pic.twitter.com/ONWjwXOTlG
— Eduardo Hagn (@EduardoHagn) February 10, 2023
Dalam kalangan penyokong, Roque telah pun dibandingkan bersama Luis Suarez, kerana kemampuan beliau untuk menghidu peluang dalam kotak penalti sebelum disudahkan dalam bentuk jaringan.