Arsenal Bersedia Bawa Masuk Andreas Pereira ke Emirates

Pereira

Arsenal dilaporkan akan mengemukakan tawaran kepada Andreas Pereira jika pemain itu masih gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak baharunya bersama Manchester United.

Kontrak pemain berusia 22 tahun itu bersama Red Devils sudah tamat pada musim panas ini, walaupun sumber dari Sunday Mirror melaporkan bahawa United mempunyai pilihan lain sama ada untuk menyambung kontrak baharu  kepada 12 bulan lagi.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai masa depan Pereira di Old Trafford dilihat masih belum menemui jalan penyelesaian dengan menyaksikan United masih tidak membuka tawaran kontrak baharu kepadanya.

Skuad bimbingan Unai Emery merupakan antara kelab besar yang sedang memantau perkembangan terkini pemain dari Brazil itu dari semasa ke semasa.

Walaupun, Arsenal setakat ini masih belum mengemukakan sebarang tawaran, tetapi kelab itu sudah bersedia me­ngorak langkah jika Pereira jelas enggan menandatangani perjanjian baharu.

Langkah berani Arsenal untuk mendapatkan khid­mat Pereira pada Januari ini bakal menyaksikan kelab itu akan memiliki jentera serangan antara yang terbaik di Eropah khususnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Ganti Ramsey

Selain itu, keinginan Arsenal mendapatkan Pereira adalah bertujuan untuk menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan Aaron Ramsey.

Seperti yang diketahui, Arsenal akan kehilangan Aaron Ramsey. Pemain tengah Wales ini telah bertekad dan membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal selepas kontraknya tidak lagi disambung oleh pengurusan kelab.

Ramsey antara pemain yang cukup berpengaruh dibahagian tengah Arsenal. Kehilangan Ramsey bakal memberi sedikit impak kepada pasukan, oleh itu Arsenal seharusnya mencari pengganti yang sesuai untuk Ramsey dan Pereira adalah calon yang terbaik.

Menurut laporan dari Football Transfer, wakil Arsenal Sven Mislintat melihat bahawa Pereira mempunyai potensi untuk menggantikan tempat Ramsey dan mereka akan berusaha untuk bersaing dengan kelab-kelab lain yang turut menunjukkan minat terhadap Pereira.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN