Quantcast

BERITA

VIDEO: JDT Bakal Lamar Bekas Pemain Tengah AC Milan Ke Larkin?

Adakah juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, JDT sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Serie A ke Larkin untuk menghadapi saingan Liga Malaysia dan AFC Champions League pada musim hadapan.

Buat masa sekarang, perkhabaran ini hanyalah spekulasi membabitkan kelab bola sepak dari selatan tanah air itu.

(Photo by Giorgio Perottino/Getty Images)

Andrea Poli

Pemain tengah Serie A yang dimaksudkan ialah Andrea Poli yang kini beraksi untuk Bologna.

Melalui perkongsian di instagram story milik DYAM Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ), pemain itu kelihatan bersama dengan pemilik kelab JDT tersebut.

Sumber: Instagram story @hrhcrownprinceofjohor

Gambar berkenaan dipercayai diambil di luar negara, dan individu yang menggayakan t-shirt putih sedang berbincang bersama TMJ dipercayai adalah Andrea Poli.

Menguatkan lagi spekulasi Andrea Poli bakal beraksi di Liga Malaysia ialah satu lagi muat naik TMJ bersama seorang individu – juga dipercayai adalah Andrea Poli dengan wajah disembunyikan.

Sumber: Instagram story @hrhcrownprinceofjohor

Bersama-sama dengan gambar tersebut, satu kenyataan tertulis ‘bakal juara’, turut disertakan.

Bekas pemain kebangsaan Itali

Karier profesional Poli bermula bersama kelab Serie B – divisyen kedua Itali – bersama Treviso sebelum bakat beliau diintai oleh pasukan dari Serie A. Mulai menyertai Sampdoria pada 2007, Poli turut pernah beraksi untuk kedua-dua pasukan dari Milan sepanjang karier beliau.

Pada musim ini Poli telah beraksi di dalam sembilan perlawanan untuk Bologna di dalam pertandingan Serie A.

TURIN, ITALY – MARCH 10: Andrea Poli of AC Milan in action during the Serie A match between Juventus FC and AC Milan at Juventus Stadium on March 10, 2017 in Turin, Italy. (Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Pemain kelahiranĀ Vittorio Veneto berusia 29 tahun itu juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Itali dalam perlawanan kelayakan Euro 2016, ketika menentang Perancis, dan mempunyai 4 caps bersama juara dunia empat kali itu.

Merupakan pemain tengah jenis box-to-box, Pilo turut disifatkan sebagai pemain tengah yang turut mempunyai kemahiran untuk bertahan.

Adakah Andrea Poli bakal menjadi pemain import terbaru yang bakal diumumkan oleh JDT? Saksikan video aksi Andrea Pilo melalui pautan video di bawah.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!