Arsenal Berjaya Meterai Perjanjian £300 Juta Dengan Adidas

Arsenal tidak akan memperbaharui kerjasama mereka dengan Puma. Sebaliknya mereka akan beralih kepada Adidas dalam perjanjian kit terbaru kelab tersebut.

Arsenal dilaporkan berjaya menggandakan pendapatan tajaan kit 2 kali ganda daripada yang mereka dapat daripada Puma sebelum ini.

Arsenal dan Adidas akan memulakan kerjasama mulai musim hadapan. Perjanjian bernilai £300 juta. Bermakna Arsenal menerima £60 juta setiap musim untuk 5 musim, 2019-2024.

Perjanjian semasa, Puma membayar mereka £30 juta setahun. Puma dan Arsenal bekerjasama sejak 2014 selepas perjanjian dengan Nike tamat.

during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom.

Perjanjian £30 juta semusim dengan Puma dianggap antara yang sangat besar sebelum ini.

Namun Arsenal berjaya mendapatkan perjanjian mega, menyaksikan mereka pasukan yang memiliki tajaan kit ke-3 terbesar di dunia pada musim hadapan, berkongsi kedudukan dengan Chelsea untuk jumlaah tajaan semusim.

Chelsea juga berjaya mendapatkan tajaan £60 juta setahun dengan Nike.

Hanya Barcelona (£105 juta semusim – Nike) dan Manchester United (£75 juta semusim – Adidas) memiliki perjanjian kit lebih besar.

Adidas pernah menaja Arsenal pada 1986-1994 dengan jersi ikonik ini.

Alasan utama mereka menukar penaja pastinya tawaran yang lebih besar. Sebelum ini Chelsea juga berjaya mendapatkan tajaan £60 juta setahun dengan Adidas.

Selepas ini, sebuah lagi kelab besar, Liverpool akan tamat perjanjian semasa mereka dengan New Balance yang menaja mereka £28 juta semusim.

Ian Wrright kelihatan sangat gembira dengan berita ini.

https://www.instagram.com/p/BiNMPcKFBGQ/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN