All Or Nothing: Heavy Metal Football Liverpool Adalah Kegerunan Utama Guardiola

Dalam filem dokumentari Manchester City berjudul All or Nothing, Pep Guardiola sentiasa pening dan menganggap Liverpool adalah masalah utama kepada taktikal beliau.

Dalam perlawanan menentang Manchester United, Man. City kehilangan peluang meraikan kejuaraan pada hari derbi mereka. Dengan Man. United bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2.

Yaya Toure menjelaskan masalah utama mereka adalah:

“Pada separuh masa kedua, Man. United mengajak kami bermain lebih fizikal.”

Fabian Delph menyatakan:

“Benda ni mudah, sangat jelas, kami berhenti berlari pada separuh masa kedua.”

Guardiola pula menenangkan pemain beliau dan berkata:

“Bola sepak ini bukannya bunga, bukan percutian indah dan bukan boleh berkata semuanya mudah.”

“Bola sepak sangat rumit di peringkat tertinggi ‘guys’. Kita cuba membina sesuatu yang baik dan kamu melakukan tugas dengan baik.”

“Kamu semua akan berjaya memabawanya ke fasa terakhir, semua orang bersatu.”

Dalam sesi sebelum pertemuan berhadapan dengan Liverpool, Pep Guardiola merasakan pasukan itu sentiasa menjadi ancaman utama beliau.

Pencerita menyebut:

“Perlawanan seterusnya adalah menentang Liverpool. Pasukan yang menggemari bola sepak menyerang seperti City. Dengan 3 penjaring gol penting, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 19: Liverpool Manager / Head Coach Jurgen Klopp (L) exchanges views with Manchester City Manager / Head Coach Josep Guardiola during the Premier League match between Manchester City and Liverpool at Etihad Stadium on March 19, 2017 in Manchester, England. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Pep Gurdiola sudah mengesan ancaman Mo Salah lebih bahaya daripada yang dirasakan oleh pundit. Ketika itu Mo Salah baru bersama Liverpool.

“Saya akan menjelaskan apa yang mereka akan lakukan dengan bola ketika menyerang. Pasukan yang sangat bagus ketika berlari di belakang anda.”

“Apabila mereka memiliki bola, tutup ‘channel’ ini. 2 pemain ini, Mane dan Salah bermain di kawasan itu. Apabila bola di sini, mereka akan bergerak ke sini untuk menerima bola. Mereka berdua sangat laju.”

(Nota Editor: Channel yang dimaksudkan Guardiola adalah half-space, di England mereka panggil ia channel)

“Saya tiada jawapan untuk semua masalah ini. Kalau saya tak tahu sesuatu saya akan tunjukkannya di hadapan kamu semua.”

Dalam perlawanan pertama mereka menang mudah 5-0 selepas pasukan Jurgen Klopp bermain 10 pemain dan hilang fokus di dalam padang.

Walaupun ramai yang tersenyum dengan undian menentang Liverpool dalam suku akhir UCL, kerana Liverpool dilihat bergelut untuk berebut 4 teratas, Guardiola jelas tak cukup gembira.

Bagi beliau dan staff kejurulatihannya, Liverpool adalah pasukan paling bahaya untuk mereka.

3 hari sebelum pertemuan UCL menentang Liverpool, di bilik persalinan Goodison Park, Guardiola dan pembantu beliau Domenec Torrent dan Carles Planchart berbincang tentang pasukan yang mereka akan tentang selepas ini iaitu di Liverpool.

“Barisan serangan Liverpool sangat bagus. Mereka menakutkan saya, mereka berbahaya, saya benar-benar maksudkannya.”

Sambil mengeluh beliau menyatakan:

“Bek sayap kita tak mampu untuk menyekat bek sayap mereka.”

Planchart pula berkata:

“Saya perhatikan yang mereka akan bermasalah jika tidak mendapat ruang yang besar. Misalnya hari ini ketika mereka menentang Crystal Palace.”

“Kita akan menjadi pasukan yang banyak risiko”

Pembantu Guardiola, Torrent, yang menjadi pembantu taktikal dipecayai Guardiola yang kini sudah menjadi pengurus New York City FC berkata:

“Semalam saya saksikan perlawanan di mana kita tewas di Anfield sebelum ii. Mereka bermain bola sepak di ‘another level’.”

“Jika kamu nak tewaskan mereka, kamu harus bekerja keras untuknya. Jika kita berada dalam prestasi terbaik, kita akan lebih baik daripada Liverpool.”

Liverpool menyingkirkan Man. City dalam saingan UCL. Dan Pep Guardiola menyifatkan pasukan Liverpool berhak untuk bermain di final UCL.

https://twitter.com/UCLCIassics/status/1032306962111840263

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN