Persaingan untuk merebut kejuaraan English Premier League (EPL) semakin mendebarkan, apabila kedudukan Arsenal selaku pendahulu liga bagai telur di hujung tanduk selepas mereka telah kehilangan mata begitu banyak dalam tiga perlawanan terakhir sekali gus membuka ruang dan peluang kepada pasukan lawan.
Manchester City yang mengekori rapat sebelum ini mempunyai peluang terbaik untuk merampas kejuaraan tersebut dari Arsenal apatah lagi ketika ini skuad kendalian Pep Guardiola mempunyai kelebihan dari segi jumlah perlawanan.
🗞 Our performance
🗞 Bouncing back from defeat
🗞 Turning attentions to the rest of the seasonEvery word from Mikel's post-Manchester City press conference – available to read here 👇
— Arsenal (@Arsenal) April 27, 2023
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berada pada landasan tepat untuk memahat sejarah dalam kariernya membantu pasukan tersebut menjuarai EPL, namun harapan itu sedikit demi sedikit semakin pudar dan jika melihat baki perlawanan mereka, ia satu tugasan sukar buat dirinya.
Baki perlawanan Arsenal
- Chelsea – 3 Mei
- Newcastle United – 7 Mei
- Brighton & Hove Albion – 14 Mei
- Nottingham Forest – 21 Mei
- Wolverhampton Wanderers – 28 Mei
Jika kita lihat lawan yang akan dihadapi, penyokong Arsenal harus realistik untuk menerima hakikat apabila pasukan kesayangan mereka berpeluang begitu besar terlepas kejuaraan EPL.
Dari lima perlawanan bakal diharungi, The Gunners akan berhadapan dengan empat aksi yang sangat berliku.
Frank Lampard sudah pasti ingin selamatkan kedudukannya, Newcastle dalam landasan terbaik bermain di UEFA Champions League (UCL) dan Brighton juga berpeluang menamatkan di kedudukan kelima liga bagi slot ke Europa League (UEL), sementara Nottingham mencari ruang untuk keluar dari zon penyingkiran.
Secara matamatik mudah, jika Arsenal gagal mendapatkan tiga mata penuh dalam setiap perlawanan, mereka boleh melupakan kejuaraan.
Namun disebalik kedukaan tersebut, masih ada sedikit sinar yakni perlu mengharapkan City tercicir mata dalam setiap baki perlawanan yang bakal mereka hadapi.
Persoalannya, dengan prestasi cemerlang mereka ketika ini ditambah pula Erling Haaland begitu garang dalam memburu gol untuk mendapatkan penjaring terbanyak, mampukah impian penyokong Arsenal itu terjadi?
Kali terakhir Arsenal muncul juara pada musim 2003/2004 dengan rekod tidak pernah kalah sepanjang 38 perlawanan.
Heads up and onto the next. pic.twitter.com/59uaIyn0DQ
— Arsenal (@Arsenal) April 26, 2023
Musim ini ia seperti memberi satu sinar buat penyokong setia mereka namun sedikit kelalaian dihujung musim bakal meranapkan terus impian melihat pasukan kesayangan meraih kejuaraan di Stadium Emirates.
Bagi Pep pula, sudah pasti beliau ingin mencipta sejarah di EPL dengan membantu City muncul juara tiga musim berturut-turut dan ketika ini peluang itu terbuka begitu luas kepada beliau.