“Benda Boleh Bincang”- Pegawai Keselamatan Kelantan Jawab Isu Larangan Kontroversi Kepada Penyokong

Pegawai Keselamatan Kelantan iaitu Tuan Hazli Tuan Mamat tampil menjelaskan isu larangan membawa kain rentang serta undang-undang pemain daripada berjumpa bersama penyokong selepas tamat perlawanan.

Jelas beliau, mengenai isu kain rentang yang pada asalnya tidak dibenarkan memasuki stadium itu sebenarnya boleh dibawa bincang terlebih dahulu bersama mereka jika segalanya mematuhi syarat diingini.

“Bukan kata pihak pengurusan tidak beri keizinan kain rentang untuk dibawa masuk, ianya boleh. Cuma kena ikut peraturan ditetapkan iaitu berjumpa dengan saya dan tunjuk apa yang ingin dibawa masuk.

“Jangan kata pihak The Red Warriors (TRW) tak beri, kita bagi sebenarnya. Tapi kita kena tengok apa yang ada pada kain rentang tersebut.

”Kita tak mahu jika tulisan tersebut menyentuh isu peribadi pada sesetengah individu atau menyentuh isu mana-mana pertubuhan. Jadi benda ni sebenarnya kita boleh bincang,” jelas beliau menerusi Facebook rasmi Kelantan.

Pada masa sama, Tuan Hazli turut mengulas isu pemain yang dilarang berjumpa dengan penyokong sebaik sahaja perlawanan tamat, dengan menyatakan beliau mempunyai sebab tersendiri untuk isu berkenaan.

”Bukan kita saja tak mahu beri tapi pemain masih lagi penat. Buatnya mereka pergi dan tiba-tiba ada isu botol air dilempar.

“Bukannya kita tak mahu bagi, cuma kebenaran tu ada bila penyokong semuanya dalam keadaan baik dan tak ada perkara berbahaya dikhuatiri akan terjadi kepada pemain. Jangan salah paham.

“Ianya atas faktor keselamatan pemain saya sendiri. Sebab para pemain dah penat beraksi di atas padang sebelum itu. Bimbang jika mereka pergi selepas itu ada penyokong tak puas hati, pemain menjadi mangsa,” ulas Tuan Hazli lagi.

Akhir sekali, Tuan Hazli turut menyatakan beliau akan membenarkan pemain pergi kepada penyokong selepas ini, cuma kini mereka hanya menanti masa yang sesuai.

Malah, beliau sendiri juga memberi jaminan akan membawa sendiri pemain kepada penyokong selepas ini, jika keadaan dilihat bersesuaian sebaik sahaja perlawanan tamat.

Sebelum itu, satu memo rasmi yang dikeluarkan oleh pengurusan Kelantan telah tular di media sosial dengan salah satunya membabitkan isu antara penyokong bersama para pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN