Arsenal Bakal Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Koscielny

Arsenal akan membuka kes sebagai kes disiplin terhadap Laurent Koscielny, selepas pemain itu enggan menyertai jelajah pra musim kelab itu ke Amerika Syarikat.

Pemain pertahanan berusia 33 tahun itu mempunyai baki kontrak setahun bersama The Gunners, dan sebelum ini memohon untuk dilepaskan untuk membenarkan beliau kembali ke Perancis.

Melalui satu kenyataan pada Khamis, Arsenal berkata: “Laurent Koscuelny enggan menyertai jelajah pra musim ke Amerika Syarikat.”

“Kami [kelab] amat kecewa dengan tindakan Laurent, yang jelas melanggar arahan yang diberikan.

“Kami berharap mampu menyelesaikan masalah ini dan tidak akan memberikan sebarang komen buat masa ini.”

Koscielny kekal sebagai pemain penting dalam skuad kendalian Unai Emery, dan tampil dalam 29 perlawanan pada musim lalu. Daripada jumlah tersebut, Koscielny berada di dalam kesebelasan utama dalam 24 perlawanan.

Pemain antarabangsa Perancis itu juga telah tampil dalam 255 perlawanan untuk Arsenal di Liga Perdana Inggeris, dan menjaringkan 22 gol sejak menyertai kelab London itu dari Lorient dengan nilai £10 pada Julai 2010.

Arsenal dikatakan akan melantik kapten pasukan yang baru susulan kes Koscielny ini.

Arsenal akan beraksi menentang Bayern Munich di Carlifornia dalam perlawanan pertama jelajah pra musim pada 18 Julai.

Kemudian Fiorentina akan menanti di Charlotte pada 20 Julai, sebelum The Gunners akan berhadapan Real Madrid di Washington DC pada 24 Julai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN