Usaha Arsenal untuk mengekalkan pemain muda, Bukayo Saka di Emirates akhirnya terlaksana selepas pemain berusia 18 tahun itu bersetuju untuk menandatangai kontrak jangka panjang.
Produk Akademi The Gunners itu membuat debut bersama skuad senior di saingan Liga Europa (UEL) pada 2018 dan tampil dalam 33 perlawanan pada musim ini dengan menjaringkan tiga gol dan menyumbang tiga bantuan jaringan.
Pemain skuad kebangsaan England bawah 19 tahun (B-19) itu dikenali dengan kebolehannya beraksi di beberapa posisi terutamanya di bahagian sayap dan pertahanan kiri.
Here's to the future ✊
— Arsenal (@Arsenal) July 1, 2020
✍️ #SakaSigns pic.twitter.com/CTwkD6W3Mp
Kontraknya sebelum ini akan tamat pada musim panas lepas dan rundingan untuk mengekalkannya di kelab utara London tersebut telah pun bermula sejak beberapa bulan lepas.
Perkembangan terbaharu ini menamatkan spekulasi perpindahannya selepas beberapa kelab Eropah sebelum ini menunjukkan minat yang tinggi untuk mendapatkannya pada musim panas ini.
Saka dalam ciapannya di Twitter mengakui beliau sangat gembira selepas Arsenal mengumumkan sambungan kontraknya bersama pasukan tersebut.
“Saya sangat cintakan kelab ini dan tidak sabar untuk terus beraksi. Kerja keras akan diteruskan supaya saya boleh mencapai impian untuk meraih kejayaan bersama pasukan ini,” ujar Saka.
Arsenal’s 18-year forward Bukayo Saka has committed his future to the club by signing a new long term contract.https://t.co/HoeYlRDdya pic.twitter.com/2bzOCrw2Ex
— The Standard Digital (@StandardKenya) July 1, 2020
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta pula menjelaskan Saka adalah seorang pemain muda yang berbakat dan pintar. Malah berjaya mengkagumkannya dengan etika kerja dan sikapnya yang mahu terus belajar dan boleh menyesuaikan diri dengan baik
“Dia membuktkannya dengan aksi yang baik di atas padang dan saya teruja untuk terus membimbingnya bagi memastikan dia terus berkembang pada masa hadapan dan boleh membantu kelab ini mencapai matlamat,” kata Arteta.
Kredit Foto: Arsenal