Quantcast

BERITA

Arrigo Sacchi: “Real Madrid Menang Ke Atas Pasukan Yang Sangat Lemah”

PSG tewas dalam 2 perlawanan timbal balik peringkat 16 pasukan akhir. Pengurus legenda AC Milan, Arrigo Sacchi menyifatkan Real Madrid menang ke atas ‘pasukan yang sangat lemah’.

Sachhi memberitahu, ada beza pasukan dengan sekumpulan pemain berkelas dunia di dalam pasukan. Apa yang PSG miliki pada hari itu adalah sekumpulan pemain berkualiti tetapi ‘tiada pasukan’.

Walaupun tanpa Neymar mereke masih ada Angel Di Maria, Mbappe dan Cavani. Sacchi memiliki banyak pengalaman dalam mengendalikan pasukan di pentas Eropah.

Beliau membawa Milan kepada 2 kejuaraan Eropah, 1989 dan 1990. Sachhi berkata:

“Real berhadapan dengan lawan yang lemah. PSG hanyalah satu kumpulan pemain berbakat tetapi gagal menjadi pasukan.”

“Ayat perlawanan bola sepak mungkin abstrak, sukar untuk menjelaskannya malam ini. Itu yang menjadi perbezaan besar malam ini.”

“Paling penting adalah idea dalam padang. Idea tak boleg dibeli. PSG kehilangan banyak perkara dalam pasukan mereka.”

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Edinson Cavani of PSG is challenged by Keylor Navas of Real Madrid during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Real Madrid at Parc des Princes on March 6, 2018 in Paris, France. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images

Arrigo Sacchi tidak setuju jika ada orang menyatakan Unai Emery jurulatih yang teruk. Cuma buat masa ini beliau mungkin ada kesukaran mengendalikan pasukan dipenuhi bintang.

Sebelum ini, beliau mengendalikan pasukan seperti Valencia dan Sevilla dan beliau lebih kawalan ke atas pemain beliau.

“Emery jurulatih yang baik. Beliau perlukan sokongan daripada semua orang di kelab. Paling penting adalah pemain menghormati dan mengikuti idea beliau.”

“Dalam pentas UCL, anda perlukan mentaliti dan juga permainan. Permainan adalah seperti skor dalam muzik dan senario dalam filem.”