PSG Akan Tentukan Nasib Unai Emery, Pochettino, Guardiola, Conte Dan Enrique Dalam Radar

PSG dikatakan bakal membincangkan dan menentukan sama ada Unai Emery akan terus kekal di kelab Paris itu ataupun tidak. PSG sudah ada 5 nama dalam senarai mereka. Bekas pemain PSG, Mauricio Pochettino adalah pilihan utama.

Unai Emery diminta menjelaskan kenapa mereka tewas dalam 2 perlawanan menentang Real Madrid? Emery masih ada beberapa builan dalam kontrak beliau dan mungkin ianya akan ditamatkan lebih awal.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dikatakan sudah hilang sabar dengan Unai Emery selepas jurulatih itu gagal melepasi cabran Real Madrid dalam UCL.

Unai Emery tidak boleh menjadikan ketiadaan Neymar ataupun pengadil sebagai alasan. Ini kerana mereka mempunyai nama besar dalam padang dan juga pasukan serba lengkap.

Tiada alasan PSG tidak berpengaruh di dalam padang seperti yang dikatakan Unai Emery, apabila ada nama seperti Thiago Silva, Edinson Cavani dan Thiago Motta.

Unai Emery menyatakan pasukan seperti Real Madrid mendapat layanan istimewa kerana status bintang para pemain Real. Alasan yang agak naif.

PSG juga akan menstruktur semula bahagian pemantau dan pencari bakat mereka. Ini selepas kelab tersebut terlalu banyak berbelanja untuk pemain bintang. Tiba masanya PSG memikirkan cara menghasilkan pemain muda berkualiti.

Mereka menjadi ancaman FFP dalam beberapa audit dilakukan. Sebagai langkah menunggu pengurus sepenuh masa, PSG menyenaraikan 2 calon untuk interim iaitu Zoumana Camara ataupun Maxwell yang kini menjadi pengarah sukan kelab tersebut.

Mauricio Pochettino dianggap calon paling sesuai dengan falsafah bola sepak beliau dan jiwa PSG yang ada padanya. PSG bakal menghantar wakil untuk membincangkan perkara itu dengan Spurs.

Selain daripada Pochettino, nama Luis Enrique juga dalam senarai. Beliau jurulatih yang pernah menguruskan Dani Alves dan Neymar.

Enrique dikaitkan dengan banyak kelab buat masa ini termasuk Arsenal dan juga Chelsea. Chelsea sentiasa dalam langkah bersedia kerana dalam beberapa sidang media, Conte kerap memberitahu beliau tidak mendapat pemain yang beliau mahukan.

Calon ketiga adalah Pep Guardiola. PSG sedia menjadikan pengurus itu mendapat pendapatan lebih tinggi daripada apa yang beliau dapat sekarang.

Guardiola menjadi pengurus kedua termahal gaji di dunia sekarang ini di belakang Marcelo Lippi yang kini bertugas di CSL. Guardiola menerima £15.3 juta setahun di Etihad.

Sikap Guardiola yang suka mencari cabaran baru dianggap salah satu sebab pengurus itu dalam senarai. Jika City juara UCL, EPL (terlalu hampir) yang melengkapkan treble musim ini, tak mustahil pengurus itu akan pergi ke tempat baru.

Antonio Conte juga di dalam senarai. Dengan jurulatih itu kini seringkali tidak berpuas hati dengan perpindahan dilakukan di Chelsea. Beliau juga di dalam tekanan untuk memberikan keputusan terbaik buat masa ini.

Yang ke-5 adalah bekas pengurus PSG sendiri, Carlo Ancelotti yang kini menjadi ejen bebas.

PSG sebelum ini dilaporkan pernah menemui wakil Diego Simeone, namun pengurus itu memutuskan untuk menyambung kontrak lanjutan di Atletico Madrid walaupun gaji ditawarkan Atletico lebih rendah.

Simeone mahu merasai pengalaman mengendalikan pasukan Atletico di stadium baru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN