Tiga hari menjelang sepak mula Liga Malaysia, pasukan Kedah selaku juara Piala FA 2017 akan berkunjung ke Larkin untuk berhadapan dengan juara Liga Super musim lalu.
Perlawanan tersebut bukan sahaja mempertaruhkan tiga mata pertama buat kedua-dua pasukan, malah ianya turut menjadi medan untuk merebut Piala Sumbangsih yang menjadi simbolik permulaan musim baharu kalendar bola sepak negara.
Tatkala setiap pemain dan pasukan sedang sibuk melakukan persiapan terakhir untuk sepak mula kempen baharu, pemain tengah skuad Lang Merah, Ariff Farhan mungkin tidak senang duduk pada masa ini.
Sekitar tengah hari tadi, pemain berusia 21 tahun ini memuat naik satu kenyataan di laman media sosial Facebook peribadi beliau untuk memaklumkan kenderaan kesayangannya telah hilang, dipercayai dicuri.
Kenderaan jenis Honda Civic Type R, berwatna putih, dengan nombor pendaftaran WA 5494 N dilaporkan hilang dari kawasan parkir di sekitar Perkarangan Astaka Utama, Stadium Darul Aman.
Perkara tersebut hanya disedari setelah beliau selesai menjalani sesi latihan bersama skuad Kedah.
Oleh yang demikian, bantuan orang ramai turut diminta untuk membantu beliau mencari kenderaan tersebut sehingga dijumpai.
Bagi orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut, anda boleh terus melaporkan kepada balai polis berdekatan, ataupun menghubungi Ariff Farhan sendiri di talian 0134486347.
Untuk memudahkan urusan, anda digalakkan untuk menghubungi beliau melalui aplikasi Whas App, jika mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut.
Kami di pihak Semuanya BOLA, menyeru agar komuniti bola sepak dan pembaca kami khasnya, tidak menyalahgunakan nombor telefon peribadi milik Ariff Farhan yang tertera.