Arif Aiman Dahului Pencalonan POTM Liga Super Anjuran PFAM

Arif Aiman

Pemain lincah Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman mendahului pencalonan untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan (POTM) anjuran PFA Malaysia (PFAM) bagi bulan Februari dan Mac.

Beraksi dengan cukup cemerlang dalam enam perlawanan pertama telah membuatkan pemain ini cukup digeruni.

Malah, Arif adalah satu-satunya pemain tempatan yang berjaya membolosi carta penjaring terbanyak Liga Malaysia setakat ini dengan lima gol.

Namun begitu, Arif bukanlah satu-satunya pemain tempatan yang tersenarai dalam pencalonan kali ini.

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim juga tersenarai walaupun sebelum ini beliau dibayangi dengan isu tidak menjaringkan gol buat Gergasi Merah.

Akan tetapi, Faisal mempamerkan persembahan cemerlang menerusi bantuan-bantuan gol (assist) dan ini menjadi pemangkin kepada keberadaan Selangor di kelompok atasan liga.

Satu lagi nama yang menjadi kejutan adalah penjaga gol PDRM, Ramadhan Hamid yang turut berjaya dicalonkan untuk gelaran POTM kali ini.

PDRM mungkin bukanlah pasukan yang begitu cemerlang dalam saingan liga namun persembahan Ramadhan tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu saja.

Kecekapan Ramadhan menjaga pintu gol serta merakamkan dua nirbolos (clean sheet) semasa bertemu Perak dan Kedah Darul Aman membuatkan PDRM masih lagi mampu berada dalam kelompok pertengahan liga.

Dua lagi pencalonan adalah dari kalangan pemain import iaitu Fernando Forestieri (JDT) dan Park Tae-su (Sabah).

Kedua-dua pemain ini turut beraksi cemerlang di posisi masing-masing dengan Forestieri cemerlang di depan pintu gol terutamanya dalam aksi empat terbaik liga.

Sementara Park turut cemerlang di depan pintu gol serta membantu pertahanan Sabah dan nyata pemain dari Korea Selatan itu adalah bintang utama skuad Datuk Ong Kim Swee musim ini.

Anda boleh klik pada pautan di sini untuk mengundi siapakah yang layak menjuarai gelaran POTM kali ini.

Undian akan ditutup pada 18 April 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN