Arif Aiman Antara Sandaran Penting Negara Untuk Kembali Bangkit Atasi Oman

Pemain sayap lincah kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dijangka bakal menjadi pertaruhan utama pada aksi keempat siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D dengan pertemuan sekali lagi menentang Oman.

Malaysia jelas tidak boleh melepaskan sebarang mata kali ini jika mereka ingin terus menghidupkan peluang lebih cerah ke pusingan ketiga untuk mendapatkan slot Piala Asia 2027.

Sekurang-kurangnya, skuad kendalian Kim Pan-gon perlu mencipta keputusan seri untuk mengutip satu mata sambil mengharapkan Kygzstan tidak dapat memintas Harimau Malaya di peringkat kumpulan.

Pada aksi lalu, Malaysia tampil dengan kekalahan pertama mereka dalam aksi kelayakan tersebut apabila Oman tampil menewaskan Malaysia menerusi keputusan penuh 2-0.

Kekalahan itu menyaksikan Kim tampil dengan kenyataan mereka akan kembali bangkit di laman sendiri iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberi reaksi positif kembali buat para peminat.

Pada aksi ini, dijangka beberapa perubahan bakal dibuat oleh Kim untuk memastikan Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong di laman sendiri ketika berdepan cabaran Oman.

Apa yang pasti, Arif Aiman berkemungkinan akan terus kekal menjadi perancangan penting Kim untuk memastikan intensiti serangan Harimau Malaya kekal pantas menerusi kualiti dimiliki pemain tersebut.

Pada aksi lalu, jelas bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memainkan peranan cukup besar menerusi kelincahan beliau mengawal bola serta menyusup di bahagian pertahanan lawan hasil kepantasan beliau menggerakan bola.

Walaupun tidak dapat memberi sebarang sumbangan gol, secara keseluruhan kelibat Arif tampil positif dan sudah tentu momentum tersebut ingin dikekalkan Kim untuk cuba berdepan lawan.

Darren Lok

Penyerang berbisa kebangsaan ini hanya tampil selaku pemain gantian sahaja pada perlawanan lalu ketika menentang Oman kerana posisi tersebut diberikan buat Romel Morales.

Selaku penyerang Harimau Malaya, Darren telah pun membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi Malaysia menerusi sumbangan besar beliau di posisi hadapan negara.

Hadir dengan stamina yang tinggi serta memiliki kekuatan fizikal, sumbangan Darren bukan sahaja daripada segi jumlah gol tetapi bantuan beliau buat pemain lain meledak jaringan sahaja cukup diakui.

Syihan Hazmi

Ketangkasan Syihan sekali lagi ditagih selaku penjaga gol utama Malaysia pada aksi keempat ini di SNBJ untuk menepis segala percubaan pasukan lawan.

Pada aksi lalu, Syihan berjaya menampilkan aksi cukup berkualiti buat Harimau Malaya walaupun beliau dibolosi dua jaringan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Selain tangkas mengatasi segala percubaan lawan, Syihan juga memiliki keupayaan tinggi untuk membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan serta lantang mengatur rakan pertahanan dari bahagian belakang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN