Argentina Sah Ganti Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20

Piala Dunia B-20

Selepas hak penganjuran Piala Dunia B-20 ditarik balik, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membuat keputusan untuk menyerahkan status tuan rumah daripada Indonesia kepada Argentina.

Hal ini kerana, susulan tindakan Indonesia sendiri yang tidak mahu menerima kehadiran pasukan Israel menerusi pihak kerajaan tempatan Bali.

Ia menyebabkan FIFA terpaksa mengambil langkah untuk mengeluarkan Indonesia daripada nama tuan rumah dan memberikannya kepada Argentina.

Menurut Astro Awani, Argentina sebelum ini tidak layak untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan ini apabila gagal layak secara merit.

Namun begitu, semuanya berjaya diselesaikan apabila mereka layak ke kejohanan ini sebagai tuan rumah.

“FIFA mengumumkan edisi Piala Dunia B-20 akan berlangsung di Argentina selepas juara dunia membuka pintunya kepada bintang bola sepak dunia masa hadapan.

“Kejohanan ini mempunyai impak tersendiri dalam mempromosi bola sepak remaja di seluruh dunia. Sejak 1977, kejohanan ini telah mempamerkan beberapa pemain-pemain handalan seperti Diego Maradona, Lionel Messi, Paul Pogba, Erling Haaland dan ramai lagi.

“Dengan kejohanan edisi tahun ini akan diadakan di negara yang hidup mati dengan bola sepak, ianya pasti akan memberikan inspirasi hebat kepada bintang masa hadapan,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Indonesia sekali gus turut hilang tempat dalam kejohanan ini selepas tidak layak pun secara merit.

Walaupun telah melakukan kesalahan yang dianggap cukup berat pada mata FIFA, namun Infantino mengesahkan yang negara itu tidak akan dikenakan tindakan yang lebih berat daripada mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN