Argentina gagal untuk menang ke atas Uruguay dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada awal pagi tadi waktu Malaysia. Perlawanan tersebut hanya berkesudahan seri 0-0.
Dengan baki 3 lagi perlawanan, Argentina kini masih berada di tangga ke-5. Itu adalah tempat untuk ke play-off. Mungkin ramai menjangkakan mereka akan layak juga kerana tempat ke-5 di CONMEBOL akan berhadapan dengan New Zealand.
Namun berdasarkan prestasi semasa Argentina, mereka sudah beberapa kali dikejutkan dalam perlawanan yang dianggap ‘winnable’.
Argentina berkongsi mata dengan Chile. Namun Chile ada perbezaan jaringan yang sangat besar. Harus diingat persaingan untuk kedudukan play-off itu masih melibatkan banyak pasukan lagi.
Argentina pastinya menarik nafas lega apabila Chile tewas di tangan Paraguay 3-0. Perlawanan yang serba tidak menjadi untuk pasukan sedang dalam prestasi terbaik.
Arturo Vidal menjaringkan jaringan sendiri di dalam perlawanan ini. Kemenangan Paraguay ini membolehkan mereka kembali menyaingi perebutan ke tempat ke-5.
4 pasukan teratas akan layak secara automatik. Pasukan di tangga ke-5 akan bermain di pusingan penentuan antara zon/benua.
Pasukan-pasukan seperti Peru, Paraguay dan Ecuador masih lagi bersaing. 3 pasukan ini memiliki kemampuan untuk besaing.
Ini adalah kedudukan terkini kelayakan Piala Dunia 2018 zon CONMEBOL.
Dalam perlawanan sebentar tadi, Luis Suarez mewakili Uruguay menunjukkan sokongan mereka kepada bidaan Piala Dunia 2030 oleh Argentina.
Argentina akan berhadapan dengan Venezuela selepas ini,