Lihat 2 Gol Lemar Pudarkan Impian Belanda Ke Piala Dunia 2018, Bantu Perancis Menang 4-0

Thomas Lemar menjaringkan 2 gol pertamanya untuk Perancis untuk membantu Perancis membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 awal pagi tadi (waktu Malaysia). Kekalahan ini membuatkan impian Belanda untuk layak ke Piala Dunia 2018 semakin pudar.

Antoine Griezmann terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan selepas 14 minit perlawanan bermula, selepas menewaskan Jasper Cillessen dengan rembatan kaki kiri selepas melakukan hantaran satu-dua dengan Olivier Giroud.

Thomas Lemar, pemain Monaco yang nyata beraksi paling cemerlang dalam perlawanan ini, menambah pendahuluan Perancis pada minit 73 apabila melepaskan misil separa voli dari jarak 20 meter.

Pada minit ke 88′, pemain yang menjadi subjek bidaan gagal Arsenal sebanyak £92 juta ini menambah gol ke-3 Perancis.

Pemain terbaru PSG, Kylian Mbappe turut tidak ketinggalan untuk mencetak nama sebagai penjaring pda minit 90′ dari bangku simpanan.

https://streamable.com/5zeh1

Belanda yang jarang-jarang mencipta peluang, bermain dengan 10 pemain pada 30 minit terakhir selepas Kevin Strootman dibuang padang berikutan 2 kad kuning yang dikutipnya.

Perancis menerajui kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 zon UEFA dengan 16 mata dari 7 perlawanan, 3 mata di depan Sweden yang tewas 2-3 kepada Bulgaria pada awal pagi tadi.

Belanda pula di tangga ke-4 kumpulan A, 6 mata di belakang Perancis dan 2 mata di belakang Bulgaria yang menduduki tangga ke-3 kumpulan A.

Juara kumpulan dari 9 kumpulan kelayakan ini akan layak secara automatik ke Russia. Manakala 8 pasukan terbaik di tangga kedua kumpulan akan terlibat dalam play-off timbal-balik untuk merebut 4 lagi slot.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN