Ketika perlawanan di antara Cardiff City dan Man. United, Gary Neville dan Martin Tyler menjadi pengulas perlawanan. Seorang lagi bekas pemain EPL – Ardiles – tidak selesa dengan cara 2 pengulas tersebut melakukan tugas mereka dalam perlawanan tersebut.
Ini kerana Neville dan Martin Tyler sempat menceritakan tentang khabar angin perpindahan yang mengaitkan Mauricio Pochettino dengan Manchester United. Bagi Ardiles, tindakan itu agak biadap kerana itu adalah perlawanan pertama Ole Gunnar Solskjaer sebagai interim.
Walaupun status interim, Ardiles berpendapat Neville dan Martin Tyler tidak sepatutnya menceritakan perihal pengurus lain dalam perlawanan debut bekas rakan sepasukannya itu.
Neville dan Martin Tyler menceritakan bahawa Pochettino adalah sasaran utama Man. United untuk mengisi jawatan pengurus sepenuh masa.
Bagi Ardiles, Neville harus lebih menghormati debut Solskjaer dan siapa tahu legenda United itu akan menjadi pengurus tetap selepas ini sekiranya cemerlang dalam tempoh interim beliau. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
Dalam pada masa yang sama ia dianggap satu penghinaan kepada para pemain dan penyokong Spurs. Osvaldo Ardiles berkata: “Sangat kecewa dengan 2 orang profesional, [Martin] Tyler dan [Gary] Neville – mereka tidak melakukan apa yang harus mereka buat.”
“Sebagai pengulas perlawanan, fokus kepada perlawananan itu sahaja, bukannya menceritakan tentang rumors [khabar angin]. Ianya tindakan yang biadap ke atas Man. United, pengurus mereka Ole Ole Gunnar Solskjaer – terutama sekali kepada Mike Phelan serta pemain dan penyokong Spurs.”
Ramai peminat bola sepak menyokong kenyataan Ardiles dan mereka menganggap Sky Sports terlalu tidak bertapis di dalam hal itu. Mereka sepatutnya lebih menghormati Solksjaer dan Spurs.
Manchester United membelasah Cardiff City 5-1 di dalam perlawanan tersebut. Ianya sekaligus menjadi permulaan penting dalam usaha Solksjaer menstabilkan semula ‘bahtera’ Man. United.