Terpinggir Di Barcelona, Arda Turan Mahu Kembali Semula Ke Atletico Madrid

Arda Turan merupakan pemain yang cukup baik dan menyerlah sewaktu beliau beraksi dengan Atletico Madrid.

Aksi beliau yang cemerlang itu telah berjaya membuatkan Barcelona hadir untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau pergi ke Barcelona, dan selepas itu semuanya serba tidak kena dengan beliau.

Turan sepertinya tidak mampu untuk menjadi pemain utama pasukan dan sering diletakkan sebagai pilihan kedua dalam skuad Barcelona.

Menyedari kesukaran itu, beliau membuat keputusan untuk pergi dari Barcelona dan ingin menyertai semula Atletico Madrid.

Turan kini tidak lagi diperlukan di Barcelona selepas isyarat jelas dari pengurus Ernesto Valverde ketika perlawanan menentang Chapecoense.

Ia terbukti selepas beliau merupakan pemain yang tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut bersama-sama Douglas.

Ketika perlawanan tersebut, hampir keseluruhan pemain Barcelona diberi peluang untuk beraksi mementang kelab Brazil itu.

Turan dilihat mampu menjadi pengganti Neymar selepas pemain itu pergi berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Namun sebaliknya adalah Valverde lebih berminat untuk menjadikan Denis Suarez dan juga Gerard Deulofeu sebagai calon pengganti bintang Brazil itu.

Turan dikatakan mahu kembali terus ke Atletico Madrid dan berkerjasama semula dengan Diego Simeone bagi mendapatkan prestasi hebat beliau satu masa dahulu.

Walaupun begitu, perkara itu mungkin sukar untuk dilaksanakan kerana kelab tersebut masih lagi terperangkap dengan hal sekatan perpindahan yang dihadapi mereka.

Walaupun tidak lagi diperlukan, Turan masih lagi menjadi rebutan beberapa lagi kelab luar dengan kelab di China berminat untuk membawa beliau ke sana.

Malah, kelab Turki iaitu Galatasaray juga dalam usaha untuk membawa Turan kembali semula ke Turki untuk beraksi bersama-sama mereka.

Ke mana agaknya Turan akan pergi?

Sumber:

  1. Sport English (2017): Arda Turan offers himself to Atletico Madrid as Barça career nears end; http://www.sport-english.com/en/news/barca/arda-turan-offers-himself-to-atletico-madrid-as-barca-career-nears-end-6213493

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN