‘Zlatan Legends’ Kini Tampil Di Telefon Pintar, Inovasi Terkini Dari Ibrahimovic!

Zlatan Ibrahimovic masih belum mempunyai kelab tatkala bekas penyerang antarabangsa Sweden itu sedang dalam proses pemulihan dari kecederaan ACL yang dialaminya ketika bersama Manchester United pada musim lalu.

Namun demikian, ia tidak pernah mematahkan semangat pemain ini jika perusahaan perniagaan terbaru yang diceburi oleh Ibrahimovic diambil kira.

Kredit: ISBIT

Semalam Zlatan Ibrahimovic telah melancarkan permainan video aksi berplatformkan telefon pintar yang dinamakan ‘Zlatan Legends’.

Serentak dengan pelancaran tersebut, sebuah iklan yang menampilkan pemain berusia 35 tahun itu dalam bentuk animasi memperagakan pakaian robotik turut dilancarkan kepada umum.

Kredit: ISBIT

Video iklan berdurasi satu minit itu disertai dengan muzik untuk menghidupkan watak Zlatan di dalam permainan tersebut.

Rakaman video tersebut memberi fokus kepada pakaian robotik yang futuristik, turut menampilkan suara dari Zlatan Ibrahimovic sendiri.

Di dalam video berkenaan, Zlatan berkata:

“Saya sangkakan tiada lagi cabaran baharu. Ketika itulah mereka tiba. Dengan cabaran baharu, peraturan yang baru dan juga perseteruan yang baharu.”

“Seseorang yang sangat saya kenali. Pada hari ini, seluruh alam semesta akan mengetahui, bahawa hanya ada satu Zlatan.”

Kredit: ISBIT

Selepas kata-kata itu, watak Zlatan menyilangkan kedua-dua tangan secara mendatar di bahagian dada sebelum simbol ‘Z’ yang terang muncul mewakili tanda nama watak permainan video tersebut.

Permainan video untuk platform telefon pintar ini akan menemui peminat pada 17 Ogos akan datang dan boleh dimuat turun melalui Apple Store dan juga Play Store bagi pengguna sistem android.

Permainan video ‘Zlatan Legends’ dibangunkan oleh ISBIT Studios, sebuah syarikat permainan video yang berpengkalan di Sweden.

Kredit: ISBIT

Belum ada butiran lengkap mengenai permainan ini, namun ia merupakan sebuah permainan video berpaksikan aksi dan berlatarbelakangkan angkasa lepas.

Ibrahimovic masih belum memberi komitmen kepada mana-mana kelab sejak dilepaskan oleh Manchester United pada penghujung Jun yang lalu.

Sepanjang semusim bersama skuad kendalian Jose Mourinho, Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan.

Kecederaan ACL pada lutut sebelah kanannya ketika saingan suku akhir UEFA Europa League menentang Anderlecht pada April lalu menamatkan musim beliau lebih awal di Old Trafford.

Walaupun tanpa kontrak, Zlatan Ibrahimovic dikatakan menjalani rawatan pemulihan di pusat latihan Carrington milik Manchester United.

Bulan lalu Jose Mourinho turut dipetik sebagai berkata, bahawa pintu Manchester United sentiasa terbuka untuk menerima kembali penyerang tersebut sekiranya Zlatan ibrahimovic sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Sehingga itu, sama-sama kita nantikan tarikh 17 Ogos untuk memuatnaik permainan ‘Zlatan Legends’, dan nikmatilah inovatif terkini dari Zlatan Ibrahimovic!

Sumber:

1. Chris Wright, ESPN FC (2017): Ibrahimovic stars in ‘Zlatan Legends’ – a ‘fast-paced action game set in space’; http://www.espnfc.com/blog/the-toe-poke/65/post/3174671/ibrahimovic-stars-in-zlatan-legends-a-fast-paced-action-game-set-in-space

2. Wesley Yin-Poole, Eurogamer.net (2017): Zlatan Ibrahimović apes Iron Man in his own video game, which is set in space; http://www.eurogamer.net/articles/2017-08-08-zlatan-ibrahimovi-goes-all-iron-man-in-his-own-video-game-which-is-set-in-space

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN