Archibald Leitch: Arkitek Stadium Bola Sepak Yang Mahsyhur

Sebelum itu, anda pernah perasan kenapa kebanyakan stadium bola sepak terkemuka di Britain berbentuk segi empat tepat? Tolak tepi rekaan moden seperti Emirates Stadium, Olympic Stadium dan Etihad Stadium.

Sebenarnya ada seorang individu yang disegani kerana menjadi pereka bentuk stadium di negara tersebut. Namanya ialah Archibald Leitch.

Malah, rekaannya juga mendapat permintaan di Republik Ireland.

Pereka yang pernah gagal

Kesan runtuhan Ibrox pada 1902. Sumber: SportsKeeda.

Lelaki kelahiran Glasgow ini dilahirkan pada 1865 dan meninggal dunia pada 1939. Meskipun beliau meninggal pada 1939, masih banyak stadium yang mengekalkan keindahan rekaan beliau.

Beliau menjadi seorang penyokong Glasgow Rangers. Malah, beliau mereka bentuk Ibrox secara percuma. Rekaan Ibrox itu siap dibina pada penghujung 1899.

Namun 3 tahun kemudian, lebih 20 orang menemui ajal apabila tempat duduk stadium itu runtuh. Kejadian itu telah menyebabkan reputasinya tercalar. Namun Glasgow Rangers sudi memberikan peluang kedua untuknya menebus kesalahan. Ya, Ibrox direka semula oleh Archibald Leitch.

Bangkit

Setelah bangkit, beliau pula menerima cabaran dengan merekabentuk stadium di sekitar Britain dan Republik Ireland. Di Scotland, Celtic Park (Celtic Glasgow) dan Tynecastle (Hearts) juga daripada sentuhan Archibald. Termasuk jugalah Dens Park (Dundee).

Di kepulauan Irish, beliau juga bertanggungjawab mereka bentuk stadium Dalymount Park (Bohemian) dan Windsor Park (Linfield).

Old Trafford (Manchester United), Anfield (Liverpool), Goodison Park (Everton) dan Stamford Bridge (Chelsea) juga antara hasil kerja kreatif Archibald.

Selain itu, Deepdale (Preston), Molineux (Wolves), Villa Park (Aston Villa) serta White Hart Lane (Tottenham Hotspur) termasuk juga dalam senarai rekaan terkenal tersebut.

Difahamkan lebih 20 buah stadium telah direkabentuk oleh mendiang. Ini termasuk juga Twickhenham untuk ragbi. Malah, semasa Piala Dunia 1966, kebanyakan stadium yang digunakan merupakan kerja tangan mendiang sendiri.

Stadium Wembley yang asal tidak direka bentuk oleh Archibald sendiri.

Tinggal kenangan

Sebenarnya, Archibald Leitch merupakan individu yang memperkenalkan steel crush barriers. Tetapi, sejak daripada tragedi Hillsborough pada 1989, ia telah diharamkan untuk dipasang.

Trinity Road Stand di Villa Park yang diruntuhkan pada 2000 bagi memberi laluan pengubahsuaian. Sumber: Stadiafile.com

Selain itu, banyak hasil kerjanya di Britain terpaksa menghadapi era penamat. Banyak rekaan terpaksa diruntuhkan bagi memberi laluan pengubahsuaian stadium. Malah, ada satu rekaan di Villa Park juga terpaksa diruntuhkan bagi memberi pengubahsuaian stadium.

Itu belum lagi menyentuh mengenai kelab yang berpindah stadium seperti Highbury (Arsenal), Roker Park (Sunderland) dan The Dell (Southampton). Stadium yang disebutkan tadi juga antara hasil kerja Archibald.

Ada beberapa rekaan sahaja masih terselamat. Salah satunya, iaitu rekaan susunan bata merah khas di Ibrox yang dikekalkan Rangers. Everton pula tidak membuang rekaan dinding salah satu ‘stand’ berbentuk X yang terkenal.

Stevenage Road Stand, salah satu rekaan disenaraikan warisan oleh Kerajaan Britain.

Stevenage Road Stand di Craven Cottage (Fulham) merupakan rekaan yang disayangi ramai telah disenaraikan sebagai warisan oleh Kerajaan Britain.

Legasi

Buku Engineering Archie karya Simon Inglis. Sumber: Played in Britain.

Seorang lelaki bernama Simon Inglis telah mengambil keputusan menuliskan biografi beliau. Menurutnya, semasa kematian Archibald pada 1939, tidak ada langsung obituary ditulis dalam akhbar.

Disebabkan itu beliau mendorong menulis sebuah buku bernama Engineering Archie.

Buat arkitek stadium di luar sana, tinggalkanlah sesuatu kepada generasi akan datang supaya ia terus dihargai. Paling kurang, sekurang-kurangnya sesuatu binaan untuk diingati dalam penganjuran acara sukan, walaupun indoor sports!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN