Piala Carabao: Manchester City & Arsenal Berjaya Loloskan Diri Ke Saingan Separuh Akhir

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City berjaya menempah slot ke separuh akhir Piala Carabao selepas berhempas pulas menewaskan Leicester City dalam perlawanan yang berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat dengan 1-1.

Arsenal turut mengiringi City ke pusingan seterusnya menerusi jaringan tunggal Danny Wellbeck pada penghujung babak pertama untuk menafikan cabaran West Ham United.

Walaupun kedua-dua pasukan dilihat menurunkan kesebelasan pemain ‘kedua’ bagi menghadapi perlawanan pagi tadi, ianya belum cukup untuk Leicester City dan West Ham United untuk mencipta kejutan keatas pasukan pilihan ini.

Leicester City lawan Manchester City

Pep Guardiola ternyata menggunakan peluang ini bagi memberikan peluang kepada pemain yang jarang diturunkan dan juga pemain muda seperti Oleksandr Zinchenko, Abdul-Nasir Oluwatosin “Tosin” Adarabioyo, Phil Foden dan Brahim Diaz.

Pasukan tuan rumah juga turut merehatkan beberapa pemain utama dalam kesebelasan utama mereka seperti Riyad Mahrez, Jamie Vardy dan Demarai Gray yang hanya dimasukkan pada babak kedua.

Walaupun turun tanpa tonggak utama, ianya tidak menjadi masalah buat Manchester City apabila rancak melakukan serangan ke kubu Leicester.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila gerakan solo yang dilakukan Ilkay Gundogan dari tengah dan kemudiannya beliau melorongkan bola kepada Bernardo Silva di dalam kotak penalti.

Silva dengan tenang berjaya menolak masuk bola melalui celah kaki penjaga gol, Ben Hamer pada minit ke-26 perlawanan.

Kemasukan Mahrez dan Vardy pada babak kedua berjaya meningkatkan aksi tuan rumah dengan beberapa siri serangan yang dicipta anak buah Claude Puel itu.

LEICESTER, ENGLAND – DECEMBER 19: Claudio Bravo of Manchester City saves the decisive penalty in the shoot out from Riyad Mahrez of Leicester City during the Carabao Cup Quarter-Final match between Leicester City and Manchester City at The King Power Stadium on December 19, 2017 in Leicester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Ketika perlawanan hampir memihak Manchester City, Kyle Walker melakukan kesilapan dengan menjatuhkan Gray di dalam kotak penalti dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Leicester pada masa kecederaan..

Vardy tidak mensia-siakan peluang bagi menyempurnakan sepakan tersebut untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Aksi di masa tambahan juga buntu untuk mencari pemenang dan akhirnya terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Tiga sepakan penalti terawal berjaya disempurnakan oleh kedua-dua pasukan. Gabriel Jesus kemudiannya menyempurnakan sepakan ke-4 sebelum sepakan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez berjaya digagalkan oleh Claudio Bravo bagi membawa Manchester City ke aksi separuh akhir.

Arsenal lawan West Ham United

Jaringan tunggal Danny Wellbeck pada penghujung babak pertama sudah cukup buat Arsenal bagi meneruskan kemaraan dalam Piala Carabao.

Gol tersebut berpunca apabila umpanan menerusi tandukan yang dilakukan oleh pemain pertahanan, Mathieu Debuchy berjaya disempurnakan oleh Wellbeck untuk jaringan kemenangan tersebut pada minit ke-42.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 19: Andre Ayew of West Ham United takes on Josh Da Silva and Ben Sheaf of Arsenal during the Carabao Cup Quarter-Final match between Arsenal and West Ham United at Emirates Stadium on December 19, 2017 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Aaron Cresswell berpeluang untuk kembali menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma yang diperoleh hanya sedikit tersasar.

Selepas itu tidak banyak aksi menarik dapat ditampilkan kedua-dua pasukan untuk Arsenal mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Carabao.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN