Aquilani Dedah Kenapa Beliau Tolak Arsenal & Chelsea Demi Liverpool

Bekas pemain Liverpool, Alberto Aquilani mendedahkan yang beliau sebenarnya telah menolak pelbagai tawaran dari kelab-kelab utama Eropah sebelum menyertai pasukan tersebut.

Beliau yang dibeli oleh Liverpool pada 2009 merupakan pemain muda berpotensi ketika itu dan menjadi buruan kelab-kelab seperti Arsenal, Chelsea dan juga Juventus.

Menurut laman Empire of the Kop, Aquilani yang dibeli bagi menggantikan Xabi Alonso yang ke Real Madrid mengatakan Liverpool sememangnya merupakan destinasi pilihan beliau pada waktu itu.

Faktor pemain-pemain Liverpool yang ada pada masa itu menjadi peranan mengapa Aquilani memilih untuk ke sana.

“Ianya sukar pada waktu itu. Saya ke England dan ke bandar yang sejuk.”

“Ia merupakan perubahan yang cukup penting namun saya bermain dengan pemain-pemain hebat seperti Javier Mascherano, Fernando Torres dan juga Dirk Kuyt.”

Dalam masa yang sama, Aquilani turut mengatakan yang beliau cukup bertuah kerana dapat bermain bersama-sama Steven Gerrard yang dianggap sebagai seorang “juara”.

“Beliau adalah salah seorang pemain terbaik pernah saya bermain bersama. Kehadirannya telah memberikan pengaruh yang cukup banyak.”

“Saya tak nafikan, beliau adalah juara.”

Aquilani turut menceritakan polisi perpindahan AS Roma yang merupakan kelab beliau pada waktu itu sebelum ke England.

Kata beliau, kelab Rom itu meletakkan polisi untuk katakan tidak kepada tawaran yang dilakukan oleh Juventus dan juga Internazionale.

Karier Aquilani di Liverpool berakhir dengan kekecewaan. Walaupun Liverpool merupakan destinasi pilihannya, beliau gagal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alonso.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN