Quantcast

BERITA

Tok Gajah Gayat Selepas Tawan Felda United Di STAR, PJ City Buat Semut Merah Putih Mata

Tok Gajah gagah dahului carta Liga Super Malaysia, selepas saingan minggu ketujuh berlangsung.

Pahang kini memiliki jumlah kutipan mata yang sama dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 17 mata – namun memiliki jumlah perbezaan yang lebih baik dengan satu gol.

Ia cukup untuk mengisahkan betapa sengitnya saingan Liga Super pada musim ini, dengan pasukan-pasukan lain seperti Kedah, PKNS FC dan Melaka United berada di kedudukan ketiga sehingga kelima – dipisahkan sehingga enam mata dari kedudukan tempat teratas.

STAR milik Pahang

Perlawanan diantara Felda dan Pahang menyaksikan Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Jengka dibanjiri puluhan ribu penyokong Tok Gajah.

Skuad kendalian Dollah Salleh membuka tirai jaringan pada babak akhir separuh masa pertama melalui Norshahrul Idlan Talaha yang merembat masuk menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-44 perlawanan.

Felda bagaimana pun berjaya mengikat kedudukan menerusi tonggak import dari Brazil, Thiag Aquino yang menyambar bala tampanan penjaga gol Pahang, Mohd Helmi Eliza Elias.

Pahang bagaimanapun kembali berada di hadapan menerisi sepakan penalti Ze Love pada minit ke-63 perlawanan, sebelum Mohd Faisal Abdul Halim menyempurnakan gerakan balas pantas cantik pasukan Pahang untuk melengkapkan kemenangan 3-1.

Skuad kendalian Dollah Salleh bagaimanapun kembali mendahului sebelum mengesahkan tiga mata menerusi jaringan sepakan penalti pemain import dari Brazil, Jose Eduardo Bischofe de Almeida pada minit ke-63 dan Mohd Faisal Abdul Halim pada minit ke-90.

PJ City kejutkan PKNS FC

Dalam satu lagi perlawanan, PJ City menegejutkan PKNS FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Keputusan terbabit membolehkan skuad bimbingan K Devan menamatkan rentetan kekalahan tiga perlawanan berturut turut selain menghadiahkan kemenangan kedua bagi musim ini.

Ia juga bermakna PKNS FC yang mendominasi hampir keseluruhan perlawanan terlepas peluang untuk melonjak ke kedudukan ketiga – ke atas Kedah yang seri dengan JDT dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Kredit: MFL

Selepas deretan peluang gagal disempurnakan menerusi pemain seperti Faizat Ghazli, Gabriel Guerra misalnya, PJ City kemudiannya menghukum PKNS FC, apabila Aizulridzwan Razali memecah kebuntuan menerusi tandukan dari jarak dekat hasil hantaran lintang P Rajes pada minit ke-59 perlawanan.

Mohd Muhaimin Mohamad yang cemerlang di hadapan pintu gawang buat PJ City sepanjang perlawanan turut berjaya menyelamatkan sepakan penalti Romel Morales di babak akhir perlawanan.