Apalah Makna Piala Dunia Tanpa Portugal

Portugal

Layaknya Portugal ke saingan Piala Dunia 2022 telah menyelamatkan pasukan utama Eropah itu daripada malu besar kerana gagal menyertai kejohanan tersebut.

Dua gol dari Bruno Fernandes sudah cukup untuk menghantar Portugal ke Qatar selepas menewaskan Macedonia Utara dalam aksi penentuan play-off Piala Dunia 2022.

Layaknya Portugal ke Piala Dunia menjadikan mereka pasukan yang sedikit lebih baik daripada juara Eropah, Itali yang terkandas kepada Macedonia Utara di pusingan awal.

Apa kata dunia, Piala Dunia tanpa Portugal?

Bagi ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, kejayaan mara ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu menjadikan yang negaranya semenangnya layak untuk ke sana.

Tambah Ronaldo, apalah makna Piala Dunia tanpa kehadiran Portugal?

“Kami berada di tempat sepatutnya kami berada, matlamat kami telah tercapai dan kami akan berada di Piala Dunia Qatar.”

“Terima kasih rakyat Portugal kerana menyokong kami tanpa jemu, ayuh Portugal!”

Ronaldo yang menzahirkan kegembiraan beliau di laman Instagramnya jelas sekali teruja kerana berjaya membawa negaranya ke Piala Dunia sekali lagi di fasa akhir kariernya.

Beliau yang bakal bermain di Piala Dunia untuk kali kelima pastinya mahu mencari kejayaan di peringkat tertinggi selepas tidak mempunyai rekod yang baik di kejohanan empat tahun sekali itu.

Mereka menjadi pasukan kedua terakhir dari benua Eropah yang layak ke Piala Dunia tahun ini selepas pasukan-pasukan utama lain seperti Perancis, England, Jerman dan Sepanyol mengesahkan tempat mereka.

Satu lagi slot untuk benua Eropah akan diisi oleh pemenang antara Wales, Scotland atau Ukraine.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN